Beza itu sunnah dia

#merantau

Luar atau dalam kota, maka merantaulah.

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال السفر قطعة من العذاب يمنع أحدكم نومه وطعامه وشرابه

Yang maksudnya, “Musafir ini sebahagian daripada azab. Ia menghalang kalian untuk tidur, makan dan minum (dengan selesa dan sempurna).”

……………………….

Bermusafir ni tak mudah.

Sepanjang kembara kami ke tiga buah kota di dalam Mesir, kesemuanya menghidangkan cuaca drastik yang berbeza di siang dan malam hari.

Malam dan awal pagi, mashaAllah, tersangat sejuk sehingga menyengat tulang. Apatah lagi, pakaian kami cuma tebal beberapa cm sahaja.

Pada waktu malam, tidur sering terganggu. Tidak selesa dengan selimut tebal yang gatal-gatal. Berselimut pun, tetap sejuk. Oh, tak terbayang bagaimana kehidupan orang yang tidak berumah di negara bermusim sejuk seperti ini.

Meskipun di musim sejuk, wajah comel kami tetap dibakar mentari. Ya, siang hari di Kota Siwa agak membahang.

Soal makanan, tak usah cakap. Kami memang redah masuk mana-mana restoran yang serve nasi, tetapi, harganya agak mahal. Disebabkan itu, kami cuma order nasi dengan kuah daging hancur. Dan rasanya tidaklah menepati selera perut budak melayu. Hahaha.

Mujur sahaja kami memang belajar di negara arab. Dan boleh kawtim dengan taste arab. Cuma satu kes, pagi semalam saya makan di warung Falafeel di Kota Siwa, sampai ke hari ini belum lega diarrhea. Hukhuk…

Budaya.

Kami belajar banyak hal berkaitan budaya, terutama di Kota Siwa. Masyarakat yang tenang, peramah dan soleh. Berdua hari di sana, terasa gambaran kehidupan orang zaman silam. Rumah lumpur, berlantai pasir dan beratapkan pelepah tamar. Tingginya cuma beza beberapa inci dari atas kepala.

Saya tidak mahu memanjangkan cerita di sini. Fokusnya, merantau ini satu ekspedisi ilmu yang mampu melahirkan insan berjiwa besar dan toleran.

Mana taknya, lihat sahaja bagaimana Allah susun atur manusia. Lain bumi, lain budaya, lain bahasa, lain mazhab, lain sikap, lain uruf dan adat, serta berbeza gaya fikir.

Hmm, peliknya bila wujud manusia yang tolak perbezaan, dan merasa hanya mereka yang betul, paling perfect dan berada di sirotol mustaqim.

Haha. Kita gelak saja lah.

“Allah itu cuma berlaku adil. Sunnah-Nya, meletakkan suku kaum ini di satu sudut bumi yang sesuai dengan mereka. Sunnah-Nya, manusia ini berbeza.”

#tinkonoures

Kurang

#sempurna

Selalu ada yang tak kena?

Susun kemas-kemas, rancang teliti-teliti, tiba-tiba, ada yang terover. Atau ada yang terkurang.

Ohho, relaks….

Kadang-kadang, yang tak lengkap itu adalah sempurna. Hidup ini seronok bila ada kepelbagaian.

Tenangkan diri. Terima segala yang berlaku seadanya dan segembira hati.

Tuhan itu perfect. Kalau yang di mata kamu itu ada yang terasa kurang. Besok-besok, baru sedar betapa “mujurnya” segala yang tertakdir.

Peace no war!

#tinkonoures

Kuasa kebaikan

#roda

Pernah suatu ketika, saya menaiki van angkut dari Sinaah (nama tempat di Damsyik, Syria) menuju ke rumah. Dalam poket, cuma ada wang bernilai besar. Langsung tiada syiling atau duit kecil.

Saya berikan duit kepada driver, tetapi driver tidak mahu. Respon tersebut sudah dijangka. Itu memang biasa.

Saya bertanya kepada orang ramai di dalam van, “Min ma’ahum fakkah?” Siapa yang ada wang kecil untuk ditukar?

Ternyata, saya cuma ditenung orang. Tiada yang dapat menukar wang dengan saya.

Di sisi saya, ada seorang wanita dalam lingkungan 50-an, tidak bertudung dan tidak terlalu seksi. Jarang sekali ada wanita muslimah di Kota Damsyik ini yang tidak bertudung. Tetapi, saya tekad berhusnuzhon, dia muslimah, insyaAllah.

Dia bertanya kepada saya, “Berapa tambangnya?” Setelah saya menjawab, dia memberikan wang tambang kepada saya. Saya serba salah. Tetapi, sangat berterima kasih.

Selang beberapa minggu, saya menaiki van angkut seperti biasa. Kebetulan, ada pakcik yang bernasib serupa dengan saya tempoh hari. Dia tiada wang kecil. Melihatnya, saya terimbas kebaikan makcik 50-an itu, lalu menyeluk poket dan membayarkan tambang pakcik tersebut.

Saya sering katakan pada sahabat-sahabat saya,

“Kebaikan kamu kepada orang bakal merantau sepusingan alam, kemudian kembali semula kepadamu.”

Oleh itu, berbuat baiklah. Dan jangan sesekali berbuat jahat, mahupun membalasnya.

#tinkonoures

Gemuk ada bagusnya

#nilainya

Gemuk…
Ya, saiz saya lebih kurang itulah. Ia tak berapa menarik. Cuma, ada yang kata gemuk itu comel, hmm… Terima kasih.

Tak cantik…
Aduh, saya lagi. Meski cantik itu subjektif, tapi di mata saya, memang kurang menarik. Yang pasti, saya ada atau tiada, orang tak akan perasan. Haha.

Berbeza dengan rakan-rakan saya yang lain. Wujudnya mereka diintai. Ada atau tiada pun seperti tetap ada. Betapa indahnya mereka.

Lagi?

Tak cerah…
Hmm, okay. (Angkat tangan)

You know what,

First, saya rasa selamat dengan kawan-kawan yang bersama dengan saya. Mereka cuma awesome, sebab tak sepak-sepak saya kerana kurang menawan.

Lebih-lebih lagi, pelbagai tip yang mereka bagi. Ada yang ‘tonyoh-tonyoh’ saya dengan nasihat @ kutuk (unidentified). But nevermind.

Second, saya dapat pahala. Banyak. Haha. Setiap kali orang jumpa saya, mereka akan sebut nama tuhan saya.

“Masha-Allah, Saadah.”

“Ya Allah, Saadah.”

“Allahu akbar, mu makang mende ning?”

Third, tukar dengan first. Ini yang first okay. My family is very supportive and awesome. Hahhhahahaha…

Mereka sediakan makanan hari-hari. Saya makan hari-hari, tiga kali, empat kali. Lima kali, maybe??? Makanan habis, masak lagi. Tak cukup masak, beli beli.

They do love me so much. And i know that everytime i look at the mirror.

And lastly, saya sangat appreciate insan-insan yang mencintai saya yang serba kekurangan ni.

Saya rasa, mereka jujur dengan saya.

Saya dah beritahu,

“Saya tak cantik, takpe ke?”

“Saya tak lawa macam orang lain, okay ke?”

Tapi saya baik. Hahahaha….

#tinkonoures

T.E.R.D.A.M.P.A.R

#pintudisebalikpintu

Bukan senang memahami hikmah. Kalau pun ya, akal kita tidak akan tercapai dalam mengintai rahsia sebenar tuhan.

Dari madrasah ke maahad, yang langsung bukan pilihan hati. Dari maahad ke Kota Syam. Tidak sempat duduk bersimpuh lama di hadapan para murabbi, sudah dihalau keluar.

image

Dan kini, terdampar di Bumi Kinanah. Meski beberapa kali cuba untuk mengalih nasib ke pusat pengajian lain, tetapi entah kenapa, masih di sini juga.

Bertemu dan menyantuni manusia di jalanan, rupa-rupanya di celah mereka Allah sediakan teman.

Apa yang saya tidak mahu, tetap Allah suapkan, persis sang kecil tatkala demam yang enggan makan.

Apa yang saya mahu pula, banyak yang berlaku sebaliknya. Mujur sahaja Dia mengajarkan sebaris kata,

“الرضا عين العبودية”

Cukuplah, saya mengangkat kedua-dua tangan ini dan, “Berbuatlah sesuka Engkau, wahai tuhan.”

Muhammad itu guru cinta

#SemuaKeranaMuhammad

Our beloved prophet, Muhammad pbuh…

Siapa sangka, kita boleh hidup sampai ke umur begini. Hari, bulan, tahun, bahkan abad berlalu, kita masih cekal menjalani hayat yang berbaki.

Dahulu, sebelum mengenalinya, saya benci apa yang saya benci, dan saya sayang apa yang saya sukai. Dan ya, benci itu saya rujuk kepada sosok seseorang itu, apakah perilaku serta pegangannya.

Namun, saya tidak tahu bahawa selama ini, kalau bukan kerana cintanya terhadap manusia (secara keseluruhan), nescaya saya bukan seorang muslim pada saat ini. Namun, bukan sekadar mencintai mereka, Baginda turut mengajarkan kita agar cinta terhadap apapun, malah sesiapapun.

Bukankah yang muslim pada awal turunnya ‘Iqra’, cuma Dia?

Cintanya mengetuk pintu-pintu hati manusia untuk bertamu sebagai kekasih. Ada yang tidak mampu menerima baginda selaku tetamu, tetapi Rasulullah tiada kenal erti jemu. Bahkan indahnya dia di saat berkata,

“Orang-orang ini, meski hari ini menolak cintaku, besok, generasi merekalah yang bakal menyambutku.”

Saya hari-hari mencela diri, “Kamu ini lebih teruk daripada binatang, kerana membenci makhluk.”

Apa yang kita zahirkan, atau memperlakukan terhadap barangan teman kita, itu adalah simbol rasa hati kita terhadap pemiliknya.

Ternyata, apa yang di alam ini, segalanya barang kepunyaan Dia. Lalu di mana mahu ku simpan benci dan murka?

Allahumma solli a’la Muhammad wa ala alihi wa ashabih wa sallim.