Beg plastik

#plastik

Terkesan sungguh. Di saat masing-masing hadir ke universiti, memperagakan beg dengan pelbagai jenama dan fesyen, ada seorang classmate yang membuatkan saya terkedu.

Pertama kali dan kesekian hari, dia datang berbegkan plastik. Di dalam itulah diisi buku nota dan penanya.

image

Saya tidak tahu apakah perasaannya apabila melihat aksesori pelajar lain yang pelbagai.

Yang pasti, mengambil sekeping gambarnya pun saya tidak mampu.

#tinkonoures

Advertisements

Harapan

Dari jauh, kulihat dia.

Hampir tiga tahun,

Kau hanya kukenal nama.

Aku tahu,

Mustahil antara kita.

Cuma, aku perlukan harapan,

Untuk bernafas lega.

Walau ada seksa,

Disebalik suka.

Dan aku takut.

Saat harapan itu hilang.

Dan awanku mula berduka.

….

Diamlah.

Jangan sampaikan sebarang berita.

Kerana,

Gembiraku tak terkata.

Atau dukaku yang berdarah selamanya.

Tuhan memang perfect

#relaks

20-01-2015 :

Kan dah cakap, tuhan itu perfect!

Kami menunggu bas di stesen bas West and Middle Delta, Matruh. Tanpa membeli tiket, kerana bas lompat.

image

Setelah dua jam setengah menunggu, bas datang. Kami masuk dan seat cukup-cukup 7 seat untuk kami bertujuh.

image

Kami merancang dengan nombor jam. Tetapi banyak yang terganjak. Banyak yang terlajak.

Subhanallah, it’s just perfect. Dan yang merancang itu adalah tuhan.

Sekarang, off to Siwa.

#tinkonoures

Pindah

#from2012

29-01-2015 : Saya kerap mengelak. Mengelak daripada berfikir yang saya benar-benar akan meninggalkan bilik kecil ini.

image

image

Dua tahun lebih saya di sini. Berteduh, berkampung dan menangis di ruang ini.

Kawan saya cakap, hidup luar asrama susah. Ye la, semua perlu diurus sendiri.

Hmmm..

Entah…

#tinkonoures

Kelab malas membaca

Kalau aku buat kelab malas membaca, mesti korang join kan?

Hahahaha…

Teringat pulak kisah ammu perli seorang budak Malaysia time Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah tahun lepas.

Ammu tu cakap, “Korang ni bila tiba musim ekspo, tefon bapak mintak duit. Borong kitab banyak-banyak. Bace pun tidak.”

Aku pelik dengan ammu tu. Aku tak setuju sangat lah ngan dia sebab macamana dia tahu ah?

Hahaha…

Btw, setelah berabad lamanya, berjaya jugak aku capai 2048.

image

#malasnye

Cakap je ke?

#terngiangngiang

Bangun je tidur, saya dengan semangatnya menghapus sikap menangguh yang sekian lama menyusahkan hidup. Bangun dan tanya housemate, “Cane ah nak buat cat tuh?

Makcik tu ajar lah saya, bla bla bla. Saya pun bentangkan rak buku 6 tingkat berlapikkan plastik tilam royal bed. Ye la, saya keturunan Tengku, mestilah pakai tilam diraja. Haha. Housemate pakai tilam jenama sama jugak sebab nak berkawan dengan Tengku. Kikiki.

Sambil mengecat seorang diri, kalam dan hujah Syeikh Ali Jumaah semalam terngiang-ngiang di fikiran saya. Berfikir dan mendalami realiti. Dan saya tak jumpa sebarang aib dalam bicaranya.

Ada orang, berpesan-pesan dengan konsep tabayyun, tapi dengar je pertemuan dengan Syeikh Ali Jumaah demi menjawab fitnah ke atas beliau dan institusi Azhar, orang-orang tu dah menyampah, mencaci maki.

It’s okay. Saya faham dah apa itu tabayyun. Kikiki.

K. Bai.

Mahasiswa kerjanya meneliti dan mencari yang benar. Bukan makan berhidang, orang suap apa pun, kau telan.

image

Mujur saya cerewet bab makan-makan nih.

Bai sekali lagi!

Buat bukan cakap

Zohor tadi, saya solat di surau di tapak Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah. Bahagian wanita agak kecil, jadi dihamparkan tikar di luar surau.

Sebaik sahaja sampai, saya lihat ada kumpulan anak gadis yang solat ke arah kiblat yang salah (jam 1.30). Sedangkan kiblatnya jam 12.

Ternyata, tikar yang dihampar menghadap ke arah demikian. Yang peliknya, tikar itu sahaja begitu. Selain daripada tikar tersebut, semuanya ke arah kiblat yang betul.

Saya bising. Bebel. Sebab selalu sangat jumpa orang yang solat berkiblatkan ijtihad sendiri.

Tiba-tiba, bebelan saya terhenti. Terkilan. Serba salah. Tertekan dengan attitude sendiri.

Ia apabila seorang gadis datang dari arah belakang, lalu memegang bahu seorang demi seorang daripada mereka. Dia perbetulkan arah. Dia diam. Tak membebel. Tak bising. Tapi berbuat!

Saya tertunduk malu. Malu sangat. Walaupun saya cuma berbahasa Melayu.

First flower, eh?

#Firstflower, eh?

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari D-Cappucino Cafe, my housemates singgah sebentar di kedai bunga. Mereka pilih-pilih sambil sebut ‘Kak Amin, kak Amin’. Itu ex-housemate diorang.

Kakak tu dah graduated. Nak balik Malaysia dah tak lama lagi. So, saya memang agak bunga itu untuk kakak itu lah.

Lama juga tunggu diorang nak decide bunga. Pada minit-minit terakhir, saya pun mencelah sambil komen, “Itu kurang cantik. Hah! Yang itu cantik.” ( hmm, lupa dah saya puji bunga yang mana satu )

image

Mereka pun pilih la bunga warne biru yang saya tak tahu namanya. Tapi bunyinya macam ‘klomosom’ pe? Haha.

Diorang petik dua. Saya nak cakap, “Satu macam special je…

Haha. And then, bila sudah siap beli. Keluar je kedai, den macam terdengar lagu birthday. Hakhak.

Itu tak terkejut mano la. Yang surprise bila dapat soalan, “Ini first time dapat flower ke?”

Tak, yam ( Shahirah Faudzi ). Seingat saya, saya pernah dapat bunga jenis ni yang warna putih. Haha. Long long very long time ago.

image

Apa yang saya sangat bersyukur beside makanan free is, mujur saya tak cakap yang satu itu special. Hahahaha….

I’ve got two!

Itulah hikmahnya Nabi saw selalu pesan agar perbanyakkan diam.

#tinkonoures is thanking muching her friends.