Buat bukan cakap

Zohor tadi, saya solat di surau di tapak Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah. Bahagian wanita agak kecil, jadi dihamparkan tikar di luar surau.

Sebaik sahaja sampai, saya lihat ada kumpulan anak gadis yang solat ke arah kiblat yang salah (jam 1.30). Sedangkan kiblatnya jam 12.

Ternyata, tikar yang dihampar menghadap ke arah demikian. Yang peliknya, tikar itu sahaja begitu. Selain daripada tikar tersebut, semuanya ke arah kiblat yang betul.

Saya bising. Bebel. Sebab selalu sangat jumpa orang yang solat berkiblatkan ijtihad sendiri.

Tiba-tiba, bebelan saya terhenti. Terkilan. Serba salah. Tertekan dengan attitude sendiri.

Ia apabila seorang gadis datang dari arah belakang, lalu memegang bahu seorang demi seorang daripada mereka. Dia perbetulkan arah. Dia diam. Tak membebel. Tak bising. Tapi berbuat!

Saya tertunduk malu. Malu sangat. Walaupun saya cuma berbahasa Melayu.

Advertisements