Mala mala

Pagi semalam, kami duduk breakfast macam biasa. Tiba-tiba Qila marah-marah.

Saya pun cakap dengan nada separa tinggi, “Pagi-pagi dah nak marah. Korang ni nak pergi kuliah. Tuntut ilmu. Buat ibadah. Ini apa? Marah pagi-pagi?”

Tiba-tiba Yam memotong, “Kak Adah boleh tak jangan bising. Ini memekak pagi-pagi…”

Hahhahahaha….

Yam marah saya sebab saya marah Qila marah pagi-pagi.

Elok sangat la tu. =)

Advertisements

Otak suci

image

Even it's annoying, i knew that it's only a joke.

Bukan semua orang ada sense of humor. Certain people, tak dapat catch up funny things yang berlaku.

And i have a few friends with no sense of humor. Tapi mereka lebih lawak daripada lawak sebenarnya.

Example, kami buat lawak, dan kami gelak. Bila tengok diorang tak faham dan blur, itu lebih lawak daripada lawak yang mula-mula.

One day, saya buat comparison between my friends. I’ve sent to them some funny pictures. Like….

image

image

image

image

image

image

And know what!

My friend that have no sense of humor got frustrated. And start criticizing, “Apa yang lawaknya? Tak faham kat mana lawaknya.”

Dengan seriusnya dia reply, “Ada ke beli nasi lemak banyak-banyak tapi tak makan. Bazir je.”

Saya gelak terbahak-bahak sebab dia reply macam tu. Lagi lawak daripada gambar yang saya bagi.

Then, saya panggil kawan saya yang lain untuk tengok gambar-gambar tu, dia automatik gelak sakan. Tanpa perlu saya terangkan part mana yang lawak.

This morning, saya lepak dengan Qila di belakang tandas, celah dapur. Ini tempat kami minum kopi, atau sembang telepon… atau buat something privacy. Hahahaha…

Saya merungut dekat dia tentang insan yang takde sense of humor. Frankly Qila jawab,

“Tahu tak kenapa?”

???

Sebab diorang tu otak suci.

Saya jawab, “Hmm.. Betul jugak. Tiga orang kawan saya tu hafizah Quran.”

Hahahaha…

Kebenaran

Orang Islam yang berjuang dalam segenap aliran atau gerakan, kerap menyandarkan kebenaran pada perjuangan mereka.

Bila teruji, mereka merasa ujian itu memang lumrah ke atas orang-orang yang benar. Malah memujuk hati bahawa merekalah seperti para nabi yang turut diuji.

Sedangkan, barangkali mehnah yang ditabur itu agar mereka mengoreksi diri.

Di mana lagi yang perlu dilengkapi?

Dosa apakah yang telah dilakukan hingga jadi begini?

Bermunajat dan bermuhasabahlah. Mungkin di situ tersoroknya kunci.

Sekali lagi

Bukanlah hadis “Lazimilah jemaah muslimin dan imam mereka,” menjadi dalil tunggal bagi wajibnya intima’ kepada mana-mana gerakan islam.

Gerakan dan persatuan yang wujud adalah جماعة من جماعات المسلمين.

Sedangkan hakikatnya, kita adalah satu umat yang tidak terpecah. Walaupun setelah berintimak kepada mana-mana organisasi dan ruang kerja.

Seorang muslim itu berintimak kepada sesebuah organisasi atas dasar kebaikan. Ini kerana, melalui organisasilah kita melaksanakan khidmat kepada manusia. Bukankah khidmat itu suatu hal yang dituntut agama?

Justeru itu, mewajibkan intimak kepada  gerakan ke atas setiap individu muslim perlu dinilai. Ia boleh melibatkan dosa bagi individu yang tidak.

Malah tujuan status yang sebelum ini adalah bagi menegur sikap sesetengah ahli dan pimpinan yang ‘rasis’ sehingga ia tidak dapat dinafikan oleh orang awam.

Mohon maaf kerana berbeza. =)

#STEP2015

Umat terbaik

Semalam di program Step3 anjuran IkramMesir, ustaz Zaharuddin Abdul Rahman menyebut perihal yang turut ditekankan oleh Syeikh Ali Jumaah di dalam salah satu muhadharah beliau, iaitu berkenaan hadis wajibnya melazimi sebuah jamaah.

Hadis yang bermaksud, “Bersatulah dengan jemaah orang Islam dan imam mereka.”

Uzar berkata bahawa jemaah yang dimaksudkan adalah khilafah yang mempunyai ulil amri. Pemimpin itulah yang wajib diberikan wala’.

Adapun persatuan dan ngo yang wujud hari ini, ia bukanlah jemaah yang wajib dilazimi sehingga memalitkan dosa pada yang tidak berintima’ di dalam jemaah yang sama.

Manakala baiah yang diakad bagi kebanyakan organisasi islam samaada politikal atau tidak, adalah baiah administrasi.

Justeru itu, orang Islam pada hari ini adalah di dalam jemaah yang satu. Cuma belum ada ulil amri yang paling utama.

image

Step3 di Azhar Conference Centre, Egypt. 27 Mac 2015

Hal ini sangat penting untuk diingatkan bagi menghapus sentimen taasub pada persatuan tertentu yang menyebabkan pecah belah di dalam masyarakat kini.

Demikianlah saya melihat penafsiran bahawa umat Islam adalah sebaik-baik umat. Ini kerana, kita sebuah umat yang mampu bertoleransi sesama kita. Meski wujud perbezaan dalam isu akidah, fiqh, politik, dan gaya fikir, ia tidak menjadi masalah utama. Malah tidak membawa kepada rekahnya nilai ukhuwah Islamiah.

Namun, untuk berpartisipasi sebagai umat yang terbaik, kita perlukan ilmu dan akhlak. Kedua-duanyalah yang bakal mengikat kita antara sesama, walaupun wujud noktah perbezaan di beberapa sudut.

Saya, meskipun menjebakkan diri dalam perbincangan isu ikhwan, politik mesir, taadud jamaah dan aliran, saya (harapnya) dapat mengekalkan nilai ukhuwah yang wujudnya sejak azali.

Ya, saya berfahaman akidah Asyairah, bermazhab Syafiiyah dan bermanhajkan sufiyah, tetapi kami diajar untuk sentiasa mengasihi dan mengasihani saudara semuslim, hatta notyet-muslim.

Lantangnya kami menegur kepincangan yang ada, antaranya pada aliran salafiyah, liberalisma, isu ikhwanul muslimin serta permasalahan politik negara, ia hanya sunnah ilahiyah. Sunnah untuk berbeza dan memikul fahaman serta pemikiran yang kita pegang sebagai yang benar.

Atas segala hal, kita tetap bersaudara, saling mencintai dan menghormati sesama kita.

Dan, ini benar-benar sukar.

image

This is my friend from IkramMesir. =)

Sujud Tilawah

Musim sejuk mula menerjah kami di Kota Damsyik. Ini menandakan sudah hampir dua tahun saya berguru dengan beliau.

Beliau seorang guru yang baik hati. Kurang ketawa dan bersembang. Beliau sentiasa berhati-hati dalam percakapan. Tidak pernah sekali pun saya bergurau senda bersamanya.

Hidup beliau siang malam bersama al-quran. Anak muridnya ramai dan terdiri daripada pelbagai negara. Antaranya kami, pelajar Malaysia.

Antara kisah kami…

Pernah suatu hari, saya membaca ayat sajadah. Tiba-tiba beliau berkata, “Sujudlah untuk kali ini.”

Sebelum ini, tidak pernah beliau menyuruh saya sujud tika membaca mana-mana ayat sajadah.

Dan kali itu , saya benar-benar merasa bodoh. Tidak pernah sehayat saya 17 tahun sujud sajadah di luar solat. Kalau pun pernah, ianya sujud di dalam solat.

Saya bingung, harus terus sujud atau macamana?

Beliau melihat saya cegat berdiri. Kaku. Bodoh tapi tak bertanya.

Dengan lembut beliau berkata, “Angkat takbir beserta niat sujud tilawah. Terus sujud. Kemudian duduk dan beri salam.”

Beliau seorang guru yang kuat tasaufnya. Bicaranya mudah dan pendek. Fikirannya selalu positif.

Saya kadang-kadang mengajaknya bersembang, dan pernah berbincang soal politik Syria. Saat itu, saya masih belum tahu tentang hakikat Ikhwan dan padahnya Arab Spring. Jawab beliau tika ditanya, ringkas mengatakan bahawa harus kekal bersama dengan kerajaan yang sedia ada.

Dan bila Syria mulai parah, tiap kali saya bertanya khabar saudara-saudara di Kota Damsyik, beliau hanya menjawab, “Semuanya baik-baik.”

Jawapan tersebut adalah jawapan yg satu-satunya didengar daripada guru-guru dan rakan saya tiap kali bertanya khabar.

Semuanya baik-baik… =(

Sedangkan pada saya, tidak…

Rahmah, ini nama bibik berwarga Indonesia di rumah Ummu Awwab. Dan nama ini bukanlah nama sebenar. Ianya diberikan oleh beliau kepada bibiknya.

Setiap kali tiba di muka pintu, Rahmahlah yang menyambut saya dengan senyuman manisnya. Dia barangkali sangat gembira bertemu dengna saya, kerana bisa ngomong bahasa kejiranan. Haha. Sedangkan dengan majikannya, Ummu Awwab, dia sama sekali tidak reti berbicara. Cara komunikasi mereka cuma tunjuk-tunjuk.

Itulah sebabnya Ummu Awwab menamakannya dengan gelaran Rahmah.

Guru saya suatu hari mengadu, “Dia (Rahmah) langsung tidak memahami bicaraku. Saya tidak pernah nampak dia makan. Dulu badannya agak berisi, sekarang sangat kurus.”

Akhirnya, kami bertiga duduk sekali. Saya menterjemah antara mereka. Rupanya, sejak 4 bulan kalau tak silap, itu sejak mula datang ke Syria, Rahmah sama sekali tidak pernah menghubungi keluarganya.

Dia mempunyai suami dan seorang anak di kampung. Keluarganya sederhana miskin. Kedatangan Rahmah ke Syria untuk bekerja pun tanpa izin dari suaminya. Ia demi mencari secicip rezeki di kejauhan.

Namun, wallahualam kisah sebetulnya macamana.

Sedang bersembang sambil menterjemah, Ummu Awwab memberi keizinan untuk Rahmah menghubungi keluarga.

Dan saat itu, saya dan Ummu Awwab berasa sayu mendengar suara lemah Rahmah diiringi deraian air matanya.

Hari ini, sudah masuk tahun ketiga kami berpisah. Iaitu sejak Julai 2012, penghujung musim sejuk di Kota Damsyik.

Semoga dikau baik-baik sahaja di sana, guru.

Jejak

Entah sejak bila kami mula kenal. Saya pun tak pasti.

Cuma, saya merasa agak rugi. Sebab tak sempat mengenal peribadinya dengan lebih dalam.

Jujurnya, saya sangat pantang bertemu dengan insan-insan yang menarik dan rare. Bagi saya, pada mereka ada rahsia tuhan yang perlu saya jejak.

Dan insan ini, beliau seorang yang merendah diri. Baik dan ramah. Hampir setiap kali bertemu dengannya, beliau pasti sedang murajaah hafalan al-qurannya.

Beberapa ketika, saya pernah bermalam di rumahnya dan terbangun di awal pagi. Saya melihat tubuh kecil itu sedang bertahajjud. Saat itu, saya benar-benar cemburu. Cemburu dek kekuatan dan istiqamah yang tuhan hadiahkan kepadanya.

Meskipun bertubuh kecil, beliau memiliki selera makan yang agak besar. Kerap juga beliau mengadu lapar di malam hari.

Yang pelik, bila saya memberinya makanan, atau melihatnya makan pada waktu malam, hanya sedikit yang dimamahnya.

Alasannya, “Tak boleh kenyang. Nanti tak terbangun malam.”

Sekali lagi jiwa saya terdera mendengar bicaranya.

Beliau seorang yang pintar. 4 tahun di Kuliah Azhar dengan pangkat jayid jiddan berturut-turut dan mengakhirinya dengan Mumtaz (Kalau tak silap. Haha.)

Tak kisah lah. Saya tak hairan sangat dengan result dan kertas. Cuma, pada dia, ada kisah yang membuat saya terkelu sekali lagi.

Pernah suatu ketika, saya bercakap tentang result dengannya. Barangkali, saya bertanya tentang markah, sehingga dia menjawab, “Saya tak pernah melihat markah di kertas result.”

Saya tak percaya, “Alah, takkan semasa terjemah result pun tak tengok?”

Tak. Selama belajar di sini tak pernah tengok markah result. Apa yang Allah bagi, saya terima.”

Saya terdiam antara mahu percaya atau tidak. Akal pula tertanya-tanya, “Wujud ke orang macam dia ni?”

Pernah juga saya acah dia pasal ponteng-ponteng kelas. Dengan beriyanya, dia cakap, “Saya tak pernah tinggal kelas tau!”

Haha…

Dan, dia ni lawak la jugak. Diri dia yang lawak, sedangkan dia tak ada sense of humor pun. Saya suka acah dan gelakkan dia. Sebab dia innocent dan lambat sikit bab-bab humor ni. Hahaha…

Anyway, nice to know you, makcik =)

Beberapa hari lagi, dia bakal pulang. Saya harap dia tak baca post ni sampai ke akhir hayat. Haha.

Oleh kerana saya cepat lupa, saya lakarkan kisah beliau di blog ini. Semoga saya kuat untuk mencontohinya.

Amina

Tengah hari tadi, setiba saya di permukaan pintu dewan kuliah, saya langsung melihat seorang sahabat dari Nigeria mendodoi anak kecilnya. Saya datang menghampirinya dan minta dia jagakan beg.

Selang beberapa minit, saya datang dan duduk bersebelahan dengannya. Kami mula bersembang. Saya minta untuk mendukung bayi comel yang berusia dua bulan itu.

Amina namanya. Tidak suka menangis dan suka ketawa. Comel betul.

Sedang rancak bersembang, saya bertanya, “Ini anak sulung ke?”

Sa’diyah menjawab, “Ini yang kedua. Sulungnya lelaki….”

Oh lelaki..” Saya mencelah.

Tapi dah tiada. Baru sahaja meninggal.”

Mendengar hal itu, saya terkedu seketika sebelum bertanyakan punca.

Dia menjelaskan, “Anak saya meninggal dihempap televisyen. Insiden mengejut…”

Saya terdiam.

Dan dia mengesat airmata.

Saya sangat hairan terhadap kasih sayang ibu pada sang anak. Engkau bersusah payah. Engkau bermandi lelah dan darah. Namun, tetap sahaja mencintainya seisi batin yang ada.

Terfikir bila Allah berkata, bahawa kasih-Nya melampaui batasan cinta Ibu terhadap sang anak.

Tatap mata gua

image

Pertemuan itu penting.

Lebih-lebih lagi, bertentang mata sesama keluarga dan kawan.

Ada orang, bekerja untuk selamatkan ummah, majukan negara.

Cuma dia terlupa, terkadang dua pasang matanya yang jarang bertatap sesama anak, pasangan dan saudara, menjadi punca ummat ini tersadai lemah. Serta negara yang bermasalah.