Tinko Noures

Hampir tiap orang tertanya-tanya, “Dah kenapa nama kau ni Tinko Noures?”

Meh sini nak cerita.

Dulu aku pakai nickname Sincere Sketch. Ni zaman budak-budak dulu. Dapat ilham nama ni time tengok kamus dalam kelas.

Kemudian pakai Traveller Mujahidah, sebab masa tu, aku baru start merantau ke negeri orang. Iaitu Kota Damsyik.

After a few years, aku ada masalah jiwa. Kecewa dengan best friend aku. Masalah crush. Masalah perang-perang kat Bumi Syam, aku cam nak start hidup baru la kononnya.

Orang cakap, kalau nak bina hidup baru, biasa potong rambut la. So then, aku potong rambut, potong kuku tangan, kuku kaki, sapu losyen sikit kat muka kasi lawa. Dan yang klimaksnya, tukar nickname and block some people yang aku perlu jauhi buat sementara waktu.

image

Still miss. Ms. Tinko Noures.

Kenapa Tinko?

Okay, nama sebenar aku Tengku. Tapi cikgu-cikgu aku kat negara arab sana asyik panggil Tinko. Sebab sebutan tu je yang kena dengan harakat wa sakanat. Hahhaha…

Aku pernah cerita kat adik beradik pasal cikgu duk panggil Tinko, adik ngan kakak aku yang belajar oversea pun cakap diorang pun kena panggil camtu.

So that, aku letak Tinko. Ala Syan, Tengku ni bunyik cam familiar??? dan tak rare sangat.

Aku tak ingat nak daftar ape entah, apps tu dia terhadkan huruf. Aku nak buat asalnya, Tinko Nour Saadah.

Tapi lepas huruf S, dah stop. Tak boleh tambah dah.

Aku pikir. Pikir. Pikir.

Okaylah, Tinko Nour S…

Renung punya renung. Tiga patah ni kurang syiok.

Sampailah ijtihad terakhir aku, iaitu,

Tinko Noures

…………

Aku terlibat dengan beberapa penulisan. Memang minat aku la menulis nih. Cuma himmah hemmoh aku je yang naik surut. Itu yang tajuk-tajuk buku semuanya separuh jalan.

Buku terjemahan pertama aku, aku pakai nama penuh aku. Sebab aku fikir, aku harus bertanggungjawab denga terjemahan ni. So tak bolehlah nama fesbuk2 nih.

Tapi lepas tu, tulisan-tulisan aku yang serius dan tak serius, aku pakai nama Tinko ni je. Sebab, aku perasan femes. Hahahhaa…

Anyway, macam aku tulis semalam, aku dah deactivated fesbuk. Sakit jantung stage 2 dah dengan budak-budak dalam fesbuk ni.

Some friends, diorang sedih aku left. Nak buat camne…sape suruh korang tak penuhkan new feeds aku dengan mende2 positif, sampai budak-budak tuh asyik post entry negatif.

Haha. Bai.

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Advertisements

Tempat orang bodoh

image

Sekian lama.

Manusia belajar untuk jadi cerdik di sini. Dan cuba untuk jadi bodoh, di sini juga.

Oleh kerana, jantung saya tidak terlalu sihat untuk menyaksikan persaingan di medan facebook, saya memilih untuk deactivate, kemudian minum milo dan makan jajan..

Tenang.

Kalau nanti, ada rasa yang mahu diluah, ada buah fikir yang ingin ditulis, tempat ini ada.

Ini tempat saya berkhalwat dari dunia manusia. Tiada yang membaca dan tiada yang memperbodohkan antara sesama.

Nanti, saya bakal merindukan laman permainan saya yang mula aktif sejak 2010.

=’)

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Di sebalik cerita

Januari lalu, kami mula pindah masuk ke White House (rumah indah kami enam beradik di Hayyu 7, Cairo). Oleh kerana rumah kosong tanpa perabot, kami melapangkan satu hari khusus untuk shopping segala barang penting seperti tilam, mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain.

Kami meminta agar pihak kedai menghantar barangan tersebut pada waktu malam supaya lebih mudah. Alhamdulillah, prosesnya berjalan lancar, kecuali dari pihak kedai elektronik yang menghantar peti sejuk dan mesin basuh.

Oleh kerana sibuk ke sana sini, kami tidak menelefon pihak kedai elektronik. Mereka janji untuk menghantarnya pada sekitar jam 6 malam, ternyata lambat beberapa jam.

Setelah selesai banyak urusan, kawan saya memberikan kad kedai elektronik untuk dihubungi. Ketika itu, kami sedang duduk di sofa groundfloor bangunan. Baru sahaja hendak menelefon, kami agak terkejut melihat seorang lelaki 50-an berdiri di hadapan kami. Di belakangnya ada mesin basuh dan peti sejuk. Dia benar-benar kelihatan letih.

Pakcik yang merupakan pemilik kedai elektronik tersebut menegur marah dengan nada sederhana, “Kenapa saya telefon kalian, tidak diangkat?”

Saya melihat phone saya, memang dari tadi, tiada misscall. Saya cakap tiada.

Kemudian dia membalas, “Dah kenapa kamu tidak menelefon saya?”

Saya terdiam. Belum sempat saya menjelaskan, dia berkata, “Saya dah lalu sini berapa kali menaiki kenderaan sewa. Telefon tak dapat. Sehinggalah saya terpaksa angkut barang ini di belakang saya.”

Dia jelas marah, tetapi tetap menjaga nadanya untuk tidak tinggi. Semasa pergi ke kedainya petang tadi, dia memang seorang yang peramah dan baik.

Saya tidak mahu dipersalahkan secara total, kerana memang tiada misscall daripada pakcik itu. Saya berkata, “Mungkin kamu tersalah tulis.

Mendengar telahan saya, dia terkejut dan marah, “Saya? Saya pulak yang salah?”

Saya pun menjawab, “Tak mengapalah, saya yang salah.”

Dia pun mengeluarkan phone dan kertas yang tertera nombor saya sambil berkata, “Nah, ini nombor yang kamu beri tadi. Tengok di telefon ini, dah banyak kali saya call.”

Saya dan kawan melihat kertas dan telefonnya. Saya terus meminta maaf berkali-kali. Saya memberinya air, tetapi dia tidak mahu. Air itu saya passkan kepada Yam untuk diberikan kepadanya. Dan, dia ambil pula dari tangan Yam. Kemudian dia berlalu pulang sambil mengheret besi pengangkut.

Nana berkata, “Tadi pakcik itu yang salah call nombor. Tertukar nombor. Nombor Kak Adah dah betul atas kertas.”

Saya senyum dan membalas, “Biarlah. Kasihan kat dia. Orang tengah letih, tengah marah.”

Saya fikir, membiarkan anggapannya bahawa saya silap lebih baik untuk dia. Sebab, kalau dia tahu dia sendiri yang silap, pasti dia merasa lebih serba salah kerana memarahi saya. Lagipun, saya pun salah kerana tidak menelefonnya lebih awal.

Dan pada saya, tidak semua hal perlu diperjelaskan. Kalau yang terabai itu hak saya, saya tidak terlalu kisah.

Seperti kes yuran, saya sudah membayarnya 550le, tetapi pihak pengurus kata, 500. Jadi saya terpaksa tambah.

Ya, tak mengapalah. Pembayaran tersebut tiada hitam putih. Jadi, saya pun barangkali silap ingat. Justeru itu, lebih baik mengikut kata orang. Agar, jangan sampai hak orang pula yang dizalimi.

Saya percaya bahawa manusia terlalu pendiam. Banyak kisah sebenar yang disembunyikan. Sebabnya, mungkin kerana malas memanjangkan isu, tidak mahu hubungan renggang, mahu memuaskan hati orang instead of hati sendiri, atau letih nak pertahankan hak diri. Atau ribuan sebab lain lagi.

Orang menuduh dan salah anggap terhadap saya sebelum tahu kenapa saya berbuat sesuatu. Dan saya hanya tersenyum.

Kerana diri saya beginilah, saya percaya, bahawa manusia lain pun serupa. Mereka yang salah, tak semestinya salah. Mereka yang benar, tidak setotalnya benar.

Melihat manusia, saya teringat pada tuhan. Dia sering menyembunyikan kebenaran di belakang kebatilan. Agar kita tidak berani menghukum. Agar kita berbuat semahunya Dia, bukan semahunya kita.

Bukankah Dia berkata, “Boleh jadi yang baik menurutmu, adalah sebenarnya buruk bagimu. Boleh jadi yang buruk menurutmu, sebenarnya lebih baik untukmu.”

Berbuatlah semahu dia,
#Jangan cepat mengukur dan menghukum orang.
#Berbaik sangka lebih baik daripada menzalimi orang dengan prasangka sendiri.
#I love human because they are god’s.

=’)

Erase! Erase!

Berkata orang bijak pandai,
“Umat ini diuji oleh pihak-pihak yang menyangka Allah s.w.t tidak memberi hidayah melainkan mereka sahaja…”

Letih sudah…

Penat melihat saudara-saudara cerdik pandai, dari yang remaja hingga ke tua bangka.

Kasihan melihat orang cerdik pandai yang terlalu gopoh menerima dan menghukum sesuatu. Tak kurang juga yang obses terhadap maklumat baru.

Hanya semalam, mereka diberitahu tentang sesatnya kumpulan yang duduk-duduk di kubur. Hari ini, menyumpah seranah seraya berkata, “Ini batil dan ini haram!”

Habis semua orang dilaknatnya. Entah berapa orang sahaja yang soleh moleh atas dunia ini.

#OBSES

Kawan, urusan ini tak mudah. Kalian sahaja tidak suka dituduh-tuduh. Dihina sesat dan salah. Bukan?

Kalian sahaja pasti terkelu apabila terabai tanpa diberi ruang penjelasan.

Atau kalian sangat kecewa jika penjelasan yang kalian berikan tidak mendapat perhatian. Akhirnya, tuduhan tersebut terus viral dan meliar ke telinga kawan dan awam.

Hal yang kecil sahaja kita tak mampu tanggung. Inikan pula tuduhan sesat dan syirik.

Menuduh orang syirik dan sesat ada prasyaratnya yang telah disusun oleh para ulamak. Kalau main-main tuduh, bimbang syirik itu kembali kepada sang berkata.

Ha, justeru itu, diam lebih baik. Serahkan kepada orang yang lebih berilmu memperbincangkannya.

Orang bodoh yang memandai-mandai dengan tubuh pesakit di bilik pembedahan pun, rasa nak hantuk je kepala dia. So begitu juga orang lain yang melihat kita memandai-mandai dalam urusan sebegini.

Yang paling penting, seorang muslim, TIDAK BOLEH DIPERSYIRIKKAN, iaitu mengatakan beliau sesat, kafir dan seumpamanya, selagimana perbuatan yang dilakukannya adalah di bawah perkara khilaf. Iaitu menjadi perselisihan pendapat di kalangan para ulamak.

Orang yang bertawasul, ramai ulamak yang mengatakan boleh bertawassul dengan orang soleh yang telah meninggal dunia. Dan tidak kurang sedikit yang tidak membenarkannya. Jadi, isu ini khilaf.

Kita tidak mahu. Atau merasa itu tidak logik dan karut. Terserah kita! Dan mereka yang merasa perbuatan itu ada manfaatnya dan ada dalil hujahnya, lalu terserah mereka!

Orang lain memakai pendapat ulamak. Kita pun mendengar kata ulamak. Jadi kebenaran mutlak milik siapa itu tidak wujud. Justeru menghukum orang secara berlebihan hanya menampakkan diri sendiri yang terlebih bodoh.

Kita satu umat, menjadi lemah kerana tidak pandai merai perbezaan. Sedangkan terkadang, kebenaran itu sendiri memiliki tanda soal yang jawapannya tidak mampu dibongkar di atas dunia ini.

Berkata kesat, melaknat, mencela, mengkafirkan, menuduh orang sesat, kalau inilah perbuatan kita, maka kita lebih teruk kerana kesemua perbuatan ini haram dan jelas menurut al-quran dan hadis nabi s.a.w.

Sedang mereka yang bertawasul, masih terselamat kerana mampu berhujah di hadapan Allah, “Aku berbuat kerana ulamak ini berkata boleh. Dalilnya sekian, sekian…”

Kita ketika ditanya, “Mengapa kamu mencela si fulan? Menyesatkan si fulan?”

Apa mahu jawab?

Orang lain pun cakap macam tu. Ustaz-ustaz yang mula dulu. Aku buatlah.”

Nah, kita kata ini tiada dalam hadis. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah sebut. Dalam al-quran tiada.

KALAU ADA, MACAMANA?

Dalam puluhan ribu hadis, hanya berapa ribu yang kita sudah teliti dan faham, sehingga menuduh sesuatu hal tidak pernah disebut Rasul s.a.w?

Saudaraku,

Kerana itulah Rasulullah s.a.w berpesan, “Antara tanda seorang muslim yang baik adalah apabila dia meninggalkan hal-hal yang tiada kaitan dengannya.

Bahkan pernah berlaku dialog antara seorang lelaki dan seorang alim. Lelaki itu berkata, “Aku melihat pencuri.”

Lalu dijawab, “Hal itu tidak ada kena mengena denganku.”

Diberitahu lagi, “Tapi, pencuri itu memasuki rumah tuan.”

Dijawab, “Ya, kalau rumah saya, apa kaitannya dengan kamu?”

Dan seorang alim di Kota Damascus pernah menjawab tika orang bertanyakan tentang para malaikat yang menegur tuhan perihal penciptaan nabi Adam.

Jawabnya, “Hal itu tidak memberi kesan apa pun terhadap kalian, samaada kalian tahu atau tidak tahu jawapannya.”

Semoga kita lebih banyak menggali dan menjadi orang yang berhati-hati, agar tidak menzalimi insan lain dengan pelbagai prasangka dan tuduhan keji lidah sendiri.

Zahir

Manusia ramai meletakkan ukuran mereka pada luaran serta permukaan atas bagi setiap sesuatu. Hasil daripada itu, persepsi dan konklusi tersendiri dilanjutkan ke ruangan realiti seterusnya.

Sebagaimana seseorang yang melihat lelaki muda mendudukkan seorang pengemis tua di kaki lima pada awal pagi, dia terus mengandaikan lelaki muda itu sebagai anak atau sindiket yang sedang mempergunakan wanita tua itu.
{Lelaki muda itu sebenarnya melihat pengemis tua baru turun daripada bas, lalu memapahnya ke destinasi yang dituju.}

Terkadang melihat sekumpulan pelajar bertudung singkat keluar dari kelab malam di sebuah kota eropah, kita menyangka mereka menikmati apa yang ada di dalamnya.
{Mereka musafir yang sangat kelaparan. Tidak cukup wang untuk membeli makanan. Yang ada cuma mi segera yang memerlukan air panas. Lalu ke dalam kelab itu sahaja yang mampu mereka singgah.}

Begitu juga seorang suami yang diberitahu oleh isterinya bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang daripada rakan sekerjanya. Lalu sang suami menyangka bahawa kawannya yang sering berkomunikasi dengan isterinya itulah yang berlaku khianat terhadapnya.
{Mereka sedang bergaduh, dan ternyata sang isteri menipu untuk membuat suaminya cemburu.}

Manusia juga sering terpedaya dengan wajah manusia yang kelihatan simpati. Mereka kerap tertipu dek perkaitanan antara kebenaran dan kezaliman.

Melihat satu pihak yang dizalimi, mereka menyangka bahawa pihak itu benar. Tanpa mengetahui asal sejarah bagi perbuatan pihak yang dikatakan zalim. Malah lebih teruk, alasan pihak tertuduh ditolak dan diputarbelit.

Kita menyangka kita seorang muslim yang baik, kerana menyatakan kebersamaan dan simpati. Tetapi kita tidak pernah berfikir, bahawa barangkali, prasangka dan persepsi kitalah yang sedang menzalimi.

Berfikirlah dengan adil.
Kalau tidak mampu, tinggalkan dan bersangka baiklah. Kerana ia tersangat adil buat semua pihak.

Hati manusia, apabila membenci, akan meludah. Bila mencintai, akan menelan.

Saya rela mencintai, menelan penawar dan racun. Biar saya mati sendiri. Berbanding meludah, hingga dunia ini penuh dengan kotoran dan kebencian.

Pesan Syeikh Muhammad Muhanna,

“Setiap sesuatu ada ahlinya. Kebaikan ada ahlinya. Kejahatan ada ahlinya. Kebenaran ada ahlinya. Kebatilan ada ahlinya. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan ada ahlinya.”

Benci juga memerlukan ahli.

Dan demikianlah cinta…

Zon ijtihad

Tidak perlu dipersalahkan dua jenis manusia yang hidup di dua alam yang berbeza.

Ketika Nabi Musa hidup di lautan syariat. Nabi Khidhir berlayar di atas hakikat.

Malah tatkala seorang arif billah dihukum gantung, sang qadhi berkata, “Dia dibunuh hanya menurut syarak. Tetapi pada hakikat, dia benar.”

Sayyidi Syeikh Mohammad Said al-Buti sendiri membuat fatwa kerana betul-betul menurut ijtihadnya, ia lebih dekat dengan kehendak syarak dan pemberitahuan Rasulullah saw berkenaan situasi akhir zaman. Beliau mengabaikan manusia yang menggesa agar fatwanya sesuai menurut hawa mereka.

Begitu juga para masyayikh, serta para wali yang lain.

Meskipun hasil ijtihad dilihat buruk dan jelek di mata awam yang berakalkan logik, dia akan kelihatan lebih bodoh bila menggambarkan dirinya tidak faham tentang zon ijtihad.

Orang yang berijtihad pada arah kiblatnya, tidak mungkin mengikut ijtihad kiblat orang lain yang menurutnya zhanni.

Ini satu hal.

Satu hal lagi,

salah memahami maklumat sehingga menghukum seorang alim, wali tanpa dasar tabayun.

Berapa kali mahu dijelaskan, fatwa itu bukan di situ. Fatwa itu untuk daerah lain, tetapi dipergunakan oleh orang macam kamu.