Still not enough

Aku sengaja bergurau dengan housemate aku. Aku cakap,

“Nah, tolong basuhkan ni jugak,” sambil tunjuk pada pinggan dan cawan yang dah licin.

Dia cakap, “Bai, Kak Adah. Bai…”

😑😑😑

Aku bawa pinggan, cawanku ke dapur. Makcik tu tengah basuh pinggan dia. Aku pun ulang permintaan yang sama. As expected, same answer.

Aku pun cakap kat dia, “Dah, tinggalkan pinggan awak. Biar saya basuh,”

And she looks at me. Cepat-cepat basuh dan bla.

Hhahaha…

Seriously, ini bukan peristiwa biasa untuk aku. Lepas tu, aku fikir dan terkenang-kenang sampai ke hari ini (hari ke-3).

Aku bukan sensitip tak tentu pasal. Aku cuma insaf.

People give what they’ve received.

At that moment, i realize that i give less, but expect to receive more.

#pleaseignoremybadenglish 😂

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Baru ku tahu – part 3

Aku keluar dari dewan exam. Hati kecewa. Dua exam untuk hari ini kurang memuaskan. Mana tidaknya, ketika selesai exam fiqh, ada kawan datang beritahu bahawa dia ternampak markah untuk exam fiqh aku. 10/20. Hmmm.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku cuba muhasabah diri.

Aku dah habis baca buku, bukannya tidak.

Al-quran pun sempat lancarkan sikit.

Tiba masa untuk oral, tersasul.

Kosong…

………………….

Tahun lepas, pada pagi hari exam Usulfiqh. Berbaki lagi beberapa jam sebelum exam bermula. Buku belum habis dibaca. Semakin aku cuba, semakin aku tertekan. Dan tiada apa yang aku faham saat itu.

Oleh kerana terlalu stress, aku tutup buku dan tidur. Ketika itu jam 10 lebih. Exam jam 1 petang.

Aku fikir dua perkara.
Skip exam.
Atau, pergi exam ala kadar saja.

………………..

Suatu petang, aku pergi ke sebuah restoran. Aku memesan lauk ikan.

Ternyata, aku terpaksa menunggu terlalu lama. Oleh kerana itu, aku membatalkan order dan  meninggalkan restoran tersebut dengan rasa lapar dan kecewa.

Baru beberapa langkah berlalu, aku terdengar suara orang memanggilku. Aku toleh ke belakang. Kelihatan seorang chef berdiri di muka pintu belakang restoran.

Aku mendekatinya. Lalu dia menghulurkan satu plastik. Aku mengintai isinya. Ternyata, ia lauk ikan yang kupesan tadi. Cuma, ia kurang sempurna.

………………

Aku terkejut dari tidur. Panas. Mendebarkan. Jam sekitar 11 pagi.

Aku terasa sebak dengan mimpi sebentar tadi. Lalu, aku bangkit dan kembali duduk di meja study. Buku tebal itu kubelek dan hafal dengan penuh sabar. Tiada niat untuk menyelesaikannya sehingga habis. Tetapi cukuplah, berusaha semampu yang mungkin selagi ada waktu yang berbaki.

………………….

Mimpi itu,

Tuhan ingin memberi. Cuma sang  hamba yang tidak mengenal sabar. Lalu menyangka untuk dirinya tiada. Sedangkan tuhan telah menetapkan sesuatu buatnya. Dengan kadar yang terbaik dari sisiNya.”

……………..

Berusahalah. Bermati-matilah.

Tetapi jangan sampai kau hilang percaya pada tuhan. Bahawa Dialah yang maha memberi kepadamu selama ini.

……………..

Aku punya cita-cita yang besar. Jauh dan tinggi. Lalu aku menjerit pada hati,

Wahai cita-citaku yang besar, aku ada Tuhan yang lebih besar! Maha Besar!”

Agar aku pujuk hatiku, bahawa perancangan tuhanku adalah benar. Cita-cita cuma fantasi untuk aku terus hidup dan menjalani perancangan tuhan itu. 🙂

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Baru ku tahu – part 2

Dr. Fathiyah tiba.

Baru beberapa helai yang sempat dibelek. Lelah masih belum hilang. Akal masih serabut kerana membayangkan jerit-perih mencari bilik exam sebentar tadi.

Pembantu dukturah bertanya, “Siapa wafidat (pelajar asing)? Sila ke hadapan untuk lihat nama.”

Aku terpinga-pinga kejap.

Aku pun segera mengekor di belakang budak Nigeria. Kertas nama kulihat. Nah, di bawah sekali namaku. Pembantu tadi menyuruh budak Nigeria untuk tandatangan. Malangnya, nama dia tak ada. Jadi aku pun tandatangan sebagai calon pertama.

Dengan selamba, pembantu tu cakap, “Dah, kau terus pergi dekat Dr.”

Aku blur. Apa nih? Eh da?

Arrghhhhhh!!!

Mahu ke belakang semula. Tapi belum sempat aku patah balik, Dr. Fathiyah memanggilku.

………………

Beliau bertanya dua soalan. Soalan pertama lancar. Soalan kedua, aku terdiam dalam 10 saat sebelum menjawabnya dengan gagap.

Bukan tak menghafal. Dah hafal sangat dah definition tu semua. Tapi boleh jadi blank camtu depan dukturah.

“Tafwidh syakh… hmmmm… al-amr?…. hmm..” jawabku gagap.

Dah lah. Siap dah. Apa nama kamu?” Kata Dr. Fathiyah.

Kalau begitu respon dr, nampak gaya macam kurang bagus. Huhuhu…

……………….

Aku bersimpuh di ruang solat di Bangunan Fakulti Pergigian untuk murajaah al-Quran. Lagi beberapa jam akan mula oral.

Usai solat, aku dan Afraa, kawan dari Somalia mencari bilik exam di bangunan tersebut seperti yang dimaklumkan. Ternyata, tempat exam diubah last minute ke Bangunan Fakulti Pengajian Islam.

Setiba di dewan exam, aku murajaah pantas sebelum bertemu Dr. Hasaniyah.

Kali ini, aku lebih bersedia berbanding oral Fiqh pagi tadi. Aku duduk bersama pelajar dari China. Dr pun mula menebuk ayat. Bila sampai giliran aku, aku cuba untuk membaca dengan baik. Sebab ayat itu kebetulan memang favorite aku.

Tiba-tiba, ada makcik tegur dr. Sekali boleh lagi. Tapi bila dah kali kedua, aku dah mula tersasul. Dr perbetulkan aku. Dua ayat tersalah sebut.

Hmmm…

Bersambung…

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Baru ku tahu – Part 1

Alhamdulillah, meski banyak kali timeline terpaksa diextend, aku sempat habiskan bacaan sebelum ke kuliah bagi peperiksaan oral.

Sekitar 9.15 pagi, aku berkejar ke sana sambil menjangkakan isu tahunan, iaitu sistem bilik peperiksaan. Di Azhar, tiada bilik khusus bagi exam untuk setiap tahun fakulti. Ia hanya menampal kertas lajnah di mana-mana bilik, jadi para pelajar terpaksa mencarinya sendiri.

Sebaik sahaja tiba, aku bertanya kepada sahabat-sahabat tentang di manakah bilik exam. Malangnya, baru satu lajnah yang ditemui daripada berbelas-belas lajnah.

Aku mula meredah kesesakan para pelajar di Bangunan Fakulti Pengajian Islam. Terlalu ramai orang. Di tangga, koridor, groundfloor, bahkan di setiap sudut. Para pelajar berkerumun, ada yang masih mencari seperti aku, ada yang sedang mengulangkaji dan tidak kurang juga yang bersembang.

Agak panas bila tangga yang sepatutnya boleh dua line, hanya menjadi satu line, gara-gara pelajar arab yang duduk di tangga. Di line yang satu itulah orang ramai mahu naik turun. Dan aku, tak sah kalau tak marah-marah arab. Lagi panas bila diorang tak dengar pun aku marah.

Maybe sebab marah dalam hati. =D

3-4 kali aku naik turun dari tingkat satu ke tingkat tiga. Majoriti bilik sudah didouble-check. Masih belum jumpa. Kawan aku yang dari lajnah lain pun sama.

Sehingga sekitar jam 10.30 pagi, aku dan kawan buat keputusan untuk naik sekali lagi. Kali ini, mahu buat triple-check bermula di tingkat tiga. Haha.

Alhamdulillah, jalan-jalan, dengar orang sebut, “Siapa dengan Dr. Fathiyah?”

Apa lagi, “Saya! Saya! Ini Dr. Fathiyah Hanafi kan? Tahun 2 Syariah.”

Kami pun ikut pembantu dukturah tadi. Rupa-rupanya, baru nak cari bilik yang kosong untuk dibuat exam.

Sampai dalam dewan Fakulti Bahasa Arab, saya mengambil tempat duduk. Menarik nafas lega dan mula membuka buku. Terasa macam dah lupa semuanya.

Dari sudut itu jugalah, saya memerhati pembantu dukturah menulis sesuatu di atas kertas dan menampalnya di muka pintu.

Elok sangat. =P

Bersambung…

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Wali

Atas bumi inilah, bertebarnya sekalian para wali Allah. Mereka adalah segolongan manusia yang disayangi tuhan.

Banyak sebab kenapa mereka digelar wali. Antaranya, kerana beratnya ujian dan ikhlasnya amalan.

Wali itu, sebagaimana kata ulama, ada wali yang mengenal dirinya wali. Ada wali yang tidak tahu tentang kewalian dirinya, tetapi disedari oleh orang lain. Dan ada juga yang tiada sesiapapun tahu tentang kewalian diri sendiri.

Apa hebatnya tentang pangkat wali ini?

Rasulullah s.a.w pada suatu hari meriwayatkan sebuah hadis qudsi. Yang mana Allah s.w.t berfirman,

Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya.”

Hatta di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman,

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak merasa bimbang, dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka adalah orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa.” (Yunus: 62-63)

Pagi ini, aku bertanya kepada housemateku, “Tahu tak kenapa Allah merahsiakan kewalian seseorang?

Bukankan seseorang itu tidak ada bukti kukuh bagi mendakwa dirinya sang wali? Justeru itulah, kewalian adalah satu hal yang amat sulit untuk dibongkar, siapa dan apakah amalan mereka.

Ada orang yang zahirnya tidaklah kelihatan begitu warak. Namun barangkali, dia merupakan wali yang tersorok dari mata awam.

Housemateku diam dan kelu tanpa jawapan. Aku pun menjelaskan,

Kerana wali itu tidak boleh disakiti. Dan apabila kewalian diri seseorang pun kita tak mampu mengenalpasti, kita terpaksa menghormati, menjaga hati dan berbuat bakti kepada sesiapa pun. Bimbang-bimbang, orang itu adalah wali.”

Syeikh Said Ramadhan al-Buti mengajarkan kepada kami hakikat ini. Beliau seorang yang menghormati sesiapapun. Malah, tidak pernah wujud orang yang hina di matanya.

Beliau pernah berkata bahawa di majlis ilmunya, hadir para wali. Ini kerana, ada saja lintasan hati serta ilham yang digerak tuhan, lalu beliau ajarkan kepada hadirin. Barangkali, ilmu yang datang itu kerana mereka.

…………

Dan dengan rahsia inilah, hidup manusia terisi cinta. Kerana di mata kita, nampak tuhan, dan di mata kita jualah tampak makhluk-Nya.

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Menjauh

Perasan atau tidak, kawan-kawan kita yang dahulu di sekolah menengah, yang selalu cari pasal dan gaduh dengan kita walaupun tentang hal kecil, hari ini setelah terpisah jauh, semakin rapat dan mesra.

Ada sesetengah anak, duduk di rumah, langsung tak keluar bilik. Tolong ibu di dapur, tidak. Jenguk abah di ruang tamu pun tidak. Tapi bila dah berada di oversea, over pulak berhomesick dan call parent everyday.

Aku pun ada beberapa orang kawan. Kalau duduk semeja, wajib gaduh. Kami bukannya bermusuh, cuma ada certain masa, kami tak saling memahami.

Aku nak bercerita, dia pun nak bercerita. Aku tak setuju dengan dia, dia pun nak jugak bantah aku. Aku nak bising, dia pun nak jugak. Aku nak marah, dia pun sama. Dan bila part ego aku ke tahap klimaks, dia pun tak reti nak agak-agak. Haha..

Jujurnya, kami terlalu Serupa. Sehingga umpama hujung magnet yang sejenis tetapi tidak boleh berada di sisi yang sama.

Kami gembira tika mula kenal. Barangkali, kerana merasa serasi.
Kemudian,
Hubungan pun teruji, seiring waktu yang berputar menurut takdir.

Sekarang, aku fikir, berjarak lebih baik. Kerana dengan cara inilah, aku mampu setia menjadi sahabatmu.

=’)

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Mature

Jangan pulang sebelum ilmumu matang. Bimbang nanti, kehadiranmu di tengah masyarakat hanya mengundang kekacauan.

Agama ini terlalu ramai orang yang ingin membela dan memperjuangkannya.

Dan barangkali, ada di antara mereka tidak sedar, bahawa mereka sekaligus menjadi perosak dan penghapus damai. Lantaran tidak fahamnya mereka tentang apakah sebenarnya agama.

=’)

#aktif blogging sejak takde facebook. Hahahahahahahaha…

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Tidak faham

Memahami manusia sahaja sudah payah, inikan pula memahami penciptanya.

Ternyata, dalam dunia ini terlalu banyak tanda soal yang agak sukar untuk dirungkai.

Manusia yang semalamnya menjadi teman baik, hari ini bertukar musuh. Sebabnya?

Saya tidak faham.

Hakikat ini bukan sekali dua. Bukan kejadian dalam dunia saya saja. Bahkan barangkali pernah terjadi dalam kehidupan kalian.

Saya pasti ada puncanya.

Namun, semakin saya menyangka dan meneka dengan rasa-rasa, hubungan kelihatan semakin rapuh dan menjauh.

Saya cuba pula untuk bertanya. Jawabnya, tiada apa-apa.

Dan?

…………….

Pernah dahulu, tika di maahad, kawan saya bangun dari tidur dan mula tidak menegur saya. Dia bermasam muka dan meniadakan saya dari pandangannya.

Saya tidak faham.

Bertanya pada kawan-kawan, hasilnya adalah beribu kebarangkalian.

Yang mampu saya lakukan adalah, melayaninya sebaik mungkin. Mengajaknya makan. Mengejutnya dari tidur. Menegurnya walaupun tidak berbalas. Membelanja aiskrim, kot-kot dapat menyejukkan marahnya. Dan, menolongnya saat dilihat perlu.

…………..

Rupa-rupanya, menjadi pendiam sangat sedih dan menenangkan. Saya berusaha untuk tidak berkata-kata, bimbang ia melukai hati kecil manusia lagi. 

Walaupun, beribu rasa dan cerita ingin saya kongsi bersama. Dan betapa saya ingin mendengar dia berkata-kata, sambil melirik senyum cerianya.

……………..

Kawan,
Saya minta maaf.

Andai hadirnya saya, tidak lagi membahagiakan kalian.

Semoga kamu sihat dan tenang sentiasa =’)

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”