Second Day

2nd DAY.

Sebelum jam 8.30 pagi, saya masuk kerja. Bos belanja breakfast terlebih dahulu. Belum sempat makanan breakfast dijamah, ada dua orang pesakit perempuan datang. Saya dan ayu pun segera menghabiskan makanan sebaik sahaja dihidang.

Patient emak dan anak. Emaknya sakit bahu dan tangan. Pernah ada sejarah tangan tidak boleh digerakkan sehingga dicucuk dengan ubat hospital. Steroid barangkali. Meskipun dicucuk, sakit tangan dan bahu masih belum hilang secara total dan bersifat tahan sakit sementara.

Manakala yang anak mempunyai masalah angin dalam badan.

Rawatannya, untuk anak, kami bekam pada bahagian belakang badan, bermula dari kahil ke bahagian atas punggung. Darah malu-malu nak keluar. Hanya wap yang berlegar di dalam cup. Setelah dibekam, badannya terasa lebih ringan. Alhamdulillah.

Untuk ibu, rawatan bermula dari kahil dan bahu hingga ke titik punggung. Cup dikenakan juga di  bahagian lengan atas dan sendi bahu. Setelah dibekam, beliau merasa lebih lega dan ringan berbanding sebelumnya.

Seusai bekam, si ibu mendakwa dia turut mengalami seliuh kaki. Namun oleh kerana masih bengkak urat, kakinya masih belum sesuai untuk diurut.

Dalam masa yang sama, pesakit belah lelaki menghidapi slipped disc. Beliau dirawat dengan refleksologi dan bekam.

Kedai ditutup sementara. Kami ke kedai baru, buang partition lama, buang bekas drill dan angkut sampah keluar.

Selepas maghrib, ada patient lelaki datang walk in. Beliau sembab kaki akibat memandu terlalu kerap. Fyi, beliau seorang driver bas under SUK.

Sebelum ini, beliau sudah pernah berbekam dan sihat. Justeru itu, setiap kali sakiy, beliau datang ke pusat rawatan ini.

Then, ayu hantar saya balik naik motor lawan arus 😁😁😁

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

First Day

1st DAY

Pada jam 9.30 pagi, saya mendaftarkan diri di Pusat Rawatan Bekam al-Iman. Di sini, saya memohon untuk praktikal selama sebulan.

Walaupun baru sahaja menamatkan praktikal bekam di Tibbun Nabawi Centre, Egypt, pada bulan Februari yang lalu, saya masih belum mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap skill sendiri. Banyak ilmu dan tips tentang bekam yang belum saya ketahui. Oleh kerana itu, saya memberanikan diri untuk bermasyarakat di pusat ini.

Haha. Berani lah. Sebab saya kadang-kadang datang perangai anti-sosial. Saya peramah dalam banyak masa. Cuma rasa malas nak melayan orang tu kerap hadir bila letih dan tak ada mood. Ditambah lagi perasaan takut untuk menghadapi orang ramai. Tapi dengan tekad untuk mahir dalam bidang bekam, saya kuatkan juga.

Hari pertama, saya berkenalan dengan Ust Syukor, Kak Da, Ayu, Hafiz dan Syahmi. Semua jenis ramah, happy go lucky. Alhamdulillah.

Sekarang, pusat ini dalam proses pemindahan dari Pusu 3 ke kawasan KFC Gong Badak. Jadi kerjanya ada dua, tolong proses pemindahan, dan belajar bekam. Hehe…

Hari ini, tolong kemas dan cat kedai baru (sepatutnya, tapi tak jadi). Dalam kesibukan mengemas, masih ada patient yang datang, tapi ketiga-tiganya lelaki. So, saya belum ada kes untuk hari ini.

Sebentar tadi, ada pakcik makcik hadir. Pakcik mengalami sakit saraf (slipped disc). Belakang sakit. Kaki dan lutut tak kuat. Badan lemah nak buat kerja berat. So, pakcik itu dinasihatkan untuk buat kiropatik dan bekam darah di bahagian atas punggung.

Bos dan isteri baik. Saya segan, bila diorang yang belanja makan pagi, tengahari. Hantar saya pulang ke rumah. Bagi pinjam baju persalinan. Tak lekek ilmu dan penerangan.

Dan…

Sekarang, masih tunggu masa yang sesuai, nak cakap, “Bos, walaupun baru hari pertama, saya nak minta cuti hari khamis sampai ahad. Hahaha. Family akan ke Kedah minggu depan…”

Bagi tak agak-agak? Haha…

Kipidap, tinko noures ;););)

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Sufyan called me

Happy nye Sufyan panggil-panggil Adah. Sabar ye, sayang, nanti Adah datang bawak hadiah manyak-manyak.

Hadiah sebab dapat sebut Adah selain Mama Baba :):):):)

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Penjaga rusila

Hhaha, jahat dah tajuk 😈 .. Penjaga,, bunyi macam hantu je.

Takde la, kisah ni pasal Kak Ina dan keluarga. Mereka berjasa sebagai antara pengasas Darul Quran dan berkhidmat sejak awal penubuhan hingga sekarang.

Rumah mereka di halaman sekolah. Mesra dengan para pelajar. Tidak jemu melayan kerenah yang menyerabutkan.

Saya pula, satu kelas dengan anak sulung Kak Ina. So, saya kalau berkawan, memang akan rapat dengan keluarga terus. Kalau tak jumpa keluarga, itu bukan kawan sangat la namanya. Bagi saya la.

Aktiviti kami yang merupakan pelajar di maahad berasrama penuh, selalu balik rumah. Tapi rumah Kakk Ina la. Rumah sendiri tak boleh. Di rumah Kak Ina, banyak projek kami buat. Halal Haram, semua ada. Haha.

Saya sangatt rapat dengan Kak Ina sekeluarga. Dah macam kkeluuarga sendiri. Kak Ina sangat ramah dan tak pernah kering nasihat. Hehe.. Kkalau orang muda, panggil berleter. Tapi saya mula-mula je rasa macam tu. Lama-lama bagi saya, semua tu adalah nasihat yang berguna. Dan setiap kali ke pejabat atau rumah Kak Ina, kami akan sembang sakan. Kadang-kadang macam emak anak, kadang-kadang macam kawan senior junior. Haha. Bincang dan tukar pendapat.

image

Ffamily Kak Ina

She’s a good mom. Selalu merisiik khabar pasal anak dia.   Saya pula, bukan suka bocor rahsia. Tapi saya rai perasaan seorang ibu yang nak tahu tentang anaknya. Ada hal saya patut beritahu. Ada hal saya tak patut bagitahu. Win win situation okayy 😜😜😜

Bagii yang tak rapatt dengan Kak Ina, akan rasa yang beliau seorang yang kuat membebel dan strict. Sebenarnya, Kak Ina sangat cermat dan cakna dalam semua hal. Kaalau tak ada dia, store DQ perlu  gannti stok setiap tahun la.  Ggara-garra barrang hhilaang dan rosaak.

#KEYBOAARRD SAYA GILAA. ARRGHHH… STOP MENULIS. BAI 👻

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Sandwich masjid dhirar

Masjid Dhirar, yang turut berfungsi sebagai markaz bahasa kendalian jamiyyah khairiyah, adalah tempat saya menimba ilmu bahasa dan tasauf.

Ruang masjid yang kecil, menyediakan beberapa bilik darjah yang mampu memuatkan tidak lebih daripada 25 orang. Ada surau kecil untuk wanita. Pejabat kecil. Perpustakaan kecil yang sarat dengan kitab. Sebuah gerai makanan di celah tangga.

image

Masjid Dhirar, Damsyik

Shif belajar bergilir. Perempuan pagi, lelaki petang. Dan bermula 2012, masjid tersebut digunakan bagi pengajian peringkat universiti.

Rakan kelas saya, ramainya budak Somalia. Ada juga dari wilayah Rusia. Mereka datang ke kelas membawa anak-anak yang comel. Mereka belajar bukan untuk bahasa sangat. Mereka lagi fasih bercakap berbanding saya. Ada yang menemani anak-anak belajar di markaz tersebut. Anak habis kelas, ibu pun habis sama. Ada di kalangan mereka yang suaminya sedang menyelesaikan Master, PhD.

Di dalam kelas, kami berkongsi banyak perkara. Uniknya sistem di sini, kami hanya belajar ilmu alat bahasa arab dalam dua subjek sahaja. Subjek lain semuanya belajar nas-nas dari kitab bervariasi. Ada kitab akhlak, adab, sejarah.

Guru-guru yang sangat ceria. Hubungan antara guru ibarat adik beradik. Mereka melayan kami seperti anak dan kawan. Belajar macam bersembang. Siap mengadu pelbagai masalah. Bincang hal perkahwinan dan rumahtangga.

Kami tidak pernah tension di sini ๐Ÿ™‚

Walaupun jauh dari rumah. Pergi ke Masjid Dhirar adalah satu perjalanan yang sangat berbaloi. Menuntut ilmu dan mencintai guru serta rakan.

image

Falafeel Sedap. Nyummmy ๐Ÿ™‚

Saya, selalu rindukan sandwich cikai murahan yang dijual di celah tangga masjid. Pakciknya baik. Sangat. Kadang-kadang anak beliau datang membantu. Biarpun murah. Biarpun nampak biasa. Ia sangat sedap dan mampu membuatkan saya menangis saat saya merindui mereka semua.

#nakbalikSYRIA

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Nurul Syifa

Dua hari sebelum raya, alhamdulillah, saya mendapat dua berita gembira. Iaitu keputusan peperiksaan tahun dua syariah dan yang keduanya adalah berita kelahiran anak saudara saya yang ketiga.

Gembiranya tidak terkata.

Dua minggu sebelum kelahiran, doktor mengesahkan bahawa bayi berada dalam posisi songsang. Berikutan daripada itu, kakak saya dimasukkan ke wad bagi proses membetul semula posisi bayi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

9 Julai 2015, due datenya. Kelahiran bayi kami tunggu dengan penuh sabar, Akhirnya, pada hari rabu, iaitu dua hari sebelum raya, saya bertanya pada kakak saya, “Idah nak bersalin ke hari ni?” Pada hari kakak saya dimasukkan ke wad disebabkan songsang pun, saya menyebut hal yang sama padanya.

Entah. Instict namanya. Kawan baik saya pada hari dia bersalin pun, saya terdetik pada waktu petang tersebut, “Entah-entah Kak Ifa bersalin hari ni…” Kemudian saya mendapat berita pada keesokan harinya bahawa Kak Ifa bersalin pada petang semalam. Hehe…

Dan rupanya betul, pada hari itu kakak saya dimasukkan ke labour room. Saya buat kali pertamanya menunggu kelahiran di hospital. Anak pertama dan kedua, saya hanya datang ke hospital setelah lahir. Kira, kali ni happy la sikit sebab tunggu baby. Tapi tak dapat bertahan lama, sebab mengantuk sangat. Penat shopping dari pagi ke petang. Akhirnya, balik ke rumah. Dan dapat mesej, baby dah keluar. Huk huk.. Tak dapat momen yang diharapkan tuh.

Nurul Syifa yang tembam. Haha

Nurul Syifa yang tembam. Haha

Debaran sewaktu mendapat berita baby songsang berulang buat kali kedua. Tapi yang ini, berita tentang masalah jantung. Doktor cakap, jantung bayi berdegup laju secara abnormal. Oleh kerana itu, bayi terpaksa ditahan di wad sebelum dimasukkan ke nicu.

Beberapa hari kemudian, hasil pemeriksaan di Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Bayi disyaki menghidap Patent Truncus Arteriosis. Oleh kerana ini kes pertama di hospital tersebut (kata kakak saya yang berkerja di HSNZ) bayi akan dibawa ke HUSM bagi pemeriksaan lanjut.

Kes ini sangat rare. Boleh rujuk di wikipedia. Di antara kes-kes PTA, sangat sedikit yang berjaya meneruskan kehidupan sehingga dewasa. Kalau tidak dioperate, jangka hayat sekitar 2 minggu hingga 3 bulan. Kebanyakkannya akan meninggal dalam usia setahun pertama. Dan jika dioperate, bayi berisiko tinggi terpaksa berhadapan dengan serangan jantung dan kegagalan fungsi organ dalaman.

Hari ini, anak saudara saya dibawa ke HUSM. Hasilnya, jika dioperate, kemungkinan besar tak dapat bertahan sehingga setahun. Itupun terpaksa hidup dibawah jagaan rapi di hospital dengan menggunakan mesin. Untuk selamat dan berjaya, terlalu tipis berikutan PTA yang sangat kompleks.

Keputusan dibuat, kakak dan abang ipar ingin membawa bayi mereka pulang ke rumah tanpa operate. Adik beradik saya bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Sayaย yang masih ragu hanya mampu berdoa, semoga Allah mengatur yang terbaik buat para hambaNya.

Nurul Syifa, membawa maksud sinar kesembuhan. Semoga nama ini menjadi doa buatnya.

3 tahun demi lesen kereta

Pada tahun pertama di Mesir, saya bercadang untuk membuat lesen memandu antarabangsa. Yurannya pun jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Lebih kurang RM250. Cuma untuk menyiapkan sekeping lesen ini sahaja, memakan masa tiga tahun.

Hughhh… 😒

Sebulan dua sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 2013, saya membuat urusan lesen memandu. Belajar drive beberapa kali sebelum ke pejabat jpj di Abul Ila.

Tetapi malangnya, pada hari test, kereta rosak di tengah jalan. Terpaksa membuat temujanji lain.

Beberapa hari setelah itu, saya bangun tidur lewat. Lihat phone, jame macam biasa. Off on. Lihat ada mesej dari pihak pengurus untuk pergi test pagi itu juga. Saya lihat jam, 8.30 pagi. Temujanji jam 8 pagi. Saya segera call, pihak pengurus cakap dan otw ke pejabat jpj. Hmmm…

Beberapa hari yang lain berlalu dan tiada waktu yang sesuai untuk test sehinggalah saya pulang ke Malaysia.

Tahun kedua….

2014 membuka tirai, saya diterima masuk sebagai pelajar tahun satu jurusan Syariah di Universiti Azhar.

Oleh kerana bayaran untuk lesen kereta sudah dibayar, saya menyambung urusan tersebut. Pihak pengurus menghubungi saya. Saya katakan, masih tunggu nama untuk naik di pejabat jabatan Syariah.

Berkali-kali pergi ke pejabat, nama akhirnya naik juga. Itupun semasa nak exam sem 1.

Selepas exam, saya cuba untuk buat surat izin untuk lesen memandu dan visa. Ini kerana, tasdiq dan visa syarat untuk mengambil test. Malangnya, pekerja pejabat memang bermasalah. Setiap kali saya datang, dia cakap datang besok-besok. Atau nama saya belum naik. Dan yang paling panas, bercakap dengn pelajar pun tak mahu. ๐Ÿ‘ฟ

Usaha saya untuk mendapatkan tasdiq dan visa pada tahun satu berakhir hampa. Sebab kawan saya cakap, dia dulu pun masalah yang sama. Setahun tiada visa.

2015…

Naik tahun dua, urusan tasdiq dilakukan di pejabat bersebelahan daripada pejabat tahun satu. Pekerjanya pun baik dan rajin. Saya dapat buat tasdiq dan visa dengan mudah. Saya mula berurusan dengan pihak pengurus. Belajar drive dan pergi ke pejabat jpj untuk test.

Kali pertama pergi, pihak pejabat kata dua orang daripada kami tidak dapat buat. Mesti dapatkan visa 3 bulan dulu.

Disebabkan exam sem 1 kian bermula, kami menangguh urusan sehingga tamat peperiksaan.

Sebaik sahaja exam tamat, kami ke pejabat jpj, dengan harapan yang besar kami membawa diri.

Tiba-tiba permohonan kami ditolak. Ketetapan baru daripada pihak jpj bahawa syarat mengambil test mesti ada visa hidup untuk setahun.

😤😤😤😤😤😤😤😤

Panas jugak la. Dua orang je yang lepas. Saya dan kawan tak lepas sebab kami punya visa sejak dari bulan 10 tahun lepas lagi. Ketika itu, sudah masuk bulan 2.

Saya serba salah. Saya yang mencadangkan agar menunggu visa dua orang tadi settle. Sedangkan pada kali pertama pergi, saya dan kawan dah boleh test sebenarnya.

Kami tidak berputus asa di situ. Kami pergi ke pejabat sekali lagi selepas dua minggu. Pihak pengurus cuba berbincang dengan ejen mesir, tapi upah yang dikenakan terlalu mahal. Seribu genih (RM500) atau dua ribu. Lupa pulak.

Saya, kawan dan pihak pengurus terdiam. Samaada mahu bayar pada ejen atau cuba nasib sekali lagi di kaunter jpj.

Akhirnya, saya cakap pada kawan saya, saya mahu masuk. Lebih baik cuba daripada tidak.

Kawan saya lihat saya. Dia kelu. Sebab dua minggu sebelum itu, kami dipanggil masuk ke bilik ketua jpj dan kene tengking sampai semua orang pandang. Kemudian kami diescort keluar dari pejabat. Mana saya dan kawan tak ketaq. 😅😅😅😅

Saya cakap pada dia, “Saya cuba. Lebih baik cuba daripada tak. Ini last la. Kalau tak dapat juga, baru pakai ejen. Saya akan masuk dulu sorang-sorang.

Hahaha… ingat tak takut ke? Dalam hati, tuhan je la yang tahu. Tapi saya cuba untuk tebus balik kesilapan saya sebab buat cadangan untuk menangguh dulu.

Disebabkan ketetapan jpj yang baru agak ketat, pejabat kelihatan lengang. Tak seperti sebelum ini, sangat sesak.

Saya terus ke kaunter. Saya bercakap tentang masalah visa saya. Alhamdulillah, pegawai mula memproses fail saya. Dengan segera saya text kawan saya untuk masuk ke dalam pejabat, tapi buat-buat tidak kenal saya. Hahhhahaa…

Dari jam 9, kami menunggu sampai zohor untuk mengambil test. Sejurus selesai pemanduan di litar (kecik je litarnya, muat untuk parking dan u-turn je pun) kad lesen memandu terus diproses.

Kami bersyukur tak henti. Kawan saya yang baru start urusan lesen pada akhir tahun 2014 pun happy sakan. Inikan saya yang makan masa tiga tahun untuk sekeping lesen ini. 😭😭😭😭

image

Alhamdulillah 😭

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Bagaimana memilih pasangan?

image

Bila ada yang bertanya kepada saya, “Apa yang perlu saya buat, jika lelaki yang saya kenal itu kurang pada agama. Ya lah, kalau semua orang akan pilih yang bagus-bagus, habis tu siapa yang akan kahwin dengan golongan macam ni?”

Saya berfikir sejenak sebelum saya tekankan bahawa lelaki dan perempuan yang ‘okay’ atau ‘tak okay’ dari sudut ilmu dan pengamalan agama sebenarnya tak jadi masalah utama. Itu hal yang adjustable.

Yang paling penting ketika memilih pasangan adalah serasi dan sekufu.

Manusia diciptakan memiliki sikap dan pembawakan yang berbeza. Justeru itu, perhatikan sikap-sikap utama bakal pasangan kamu dan sesuaikan dengan sikap-sikap utama diri sendiri.

Sebagai contoh, wanita yang perangainya cepat melenting dan bermulut celupar, sudah pasti tidak akan sesuai dengan lelaki panas baran yang romantik.

Ada juga lelaki yang sangat pemendam dan ignorant. Jika dia berkahwin dengan wanita yang hati lesu dan tidak bijak dalam merangsang perhatian suami dan anak, ini bakal mencetus cuaca dingin dalam rumah tangga. Atau senang kata, inilah antara rumahtangga paling bosan. Akibatnya, ahli rumah lebih suka bersama dengan orang luar yang padanya lebih menarik dan menghidupkan.😘

Sikap dominan pada diri pasangan adalah isu pertama yang perlu ditelitikan. Kalau tak kenal siapa pasangan anda, boleh bertanya kepada keluarga dan rakan terdekat. Kalau malas bertanya, sendiri makan, sendiri tanggung la. 😌

Yang kedua adalah keinginan dan cita-cita dalam hidup. Yang ini pun berkait rapat dengan sikap dominan, terutama bagi yang obses atau keras hati dalam mencapai cita-cita.

Sebagai contoh, seorang agamawan yang menginfakkan seluruh tenaganya untuk berkhidmat kepada masyarakat dari sudut ilmu, kurang sesuai apabila berkahwin dengan seorang doktor yang menyerahkan jiwa raganya untuk berkhidmat kepada pesakit. Kedua-duanya cantik, okay, baik, perfect. Cuma kurang sesuai apabila pekerjaan mereka menyebabkan komunikasi yang renggang.

Saya sendiri mendengar berita, ada ustaz menceraikan isterinya yang merupakan seorang doktor. Ia gara-gara pasangan jarang bertemu mata. Akhirnya, kehendak suami dan isteri terabai akibat tidak mampu menyelaraskan waktu bersama.

Ya, kalau mampu elakkan punca-punca yang menyebabkan hubungan dingin, kahwinlah dengan sesiapa pun.

Seterusnya adalah sekufu dari sudut keluarga, kewangan dan ilmu pengetahuan. Sekufu ini bukan bermaksud sama atau dekat-dekat sama. Tapi ia boleh disesuaikan.

Suami terlajak miskin dan jenis tak reti buat duit, bila meminang anak gadis yang kaki shopping, memang cari nahas la. Inipun bergantung pada isu pertama juga, iaitu isu attitude si perempuan tu. Kalau kaki shopping, tapi tasaufnya kuat, tak apalah. Hah hahahaha 😝😝😝

Dan untuk memilih, sila abaikan soal emosi dan hati. Sebab ramai yang papa duit, papa isteri, papa bahagia, gara-gara terlanjur emosi dalam membuat tindakan.

Sedarlah, cinta tu suatu rasa yang mampu berubah-ubah. Kes cerai yang berlambak di pasaran pun, kahwin dulu sebab cinta jugak kan?

Semoga bermanfaat 😁😎😎😎

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Its an elephant!

image

Ahad lalu, dalam perjalanan pulang ke Dungun dari Manek Urai, rombongan kami berhenti di Perkampungan Gajah Kenyir, Kuala Berang.

Saya yang masih mamai terasa excited. Last time nampak gajah kalau tak silap semasa darjah 3.

Ketika kereta U-turn untuk masuk ke KEV, kawan saya yang turut baru bangun dari tidur tiba-tiba menegur signboard masuk KEV, “Ni mesti kerja Bang** nih. Tengok huruf E dia.”

Saya lihat signboard tersebut dan kemudiannya berkata, “Aah la… Huruf T.” 😮

Beberapa saat selepas itu, Dhaniah berkata kepada Afina sambil gelak, “Dengar tak Kak Adah sebut apa tadi? Aah la, huruf T. Hahahaha…” 😂😂😂😂😂😂

Saya blur.

Melihat budak berdua ni gelak macam hantu, saya assume betul la ejaan elephant yang terpampang di dada bukit. Bukannya elephane sebagaimana yang saya sangka.🐘

Saya ingatkan Dhaniah tegur huruf E sebab Bang** tertukar E dengan T.

#dialog ini mempunyai unsur rasis. Sila maafkan dan abaikan.

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”