Lepak Rawat Centre

image

Tubuh page dan mula memperkenalkan diri. Thumbs up!

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Advertisements

Tingkap terbuka

Semalam, saya pulang sebelum maghrib dan melepak di ruangtamu. Kami adik-beradik main game Beans Card sampai lewat malam sambil menonton televisyen.

Hujan pada waktu isyak agak lebat. Disertai ribut kencang. Hingga ke malam, hujan masih renyai-renyai.

Selesai bermain, saya menyelimutkan anak saudara yang sedang tidur di ruangtamu sebelum naik ke bilik.

Tiba di muka pintu, saya seperti biasa membuka suiz kipas dan lampu terlebih dahulu. Bermula saat itu, saya tak sedap hati. Saya berdiri lama di pintu. Merenung almari yang terbuka, sarat dengan pakaian. Melihat ke arah tingkap, tertutup sudah.

Walaupun jiwa rasa tak tenang dan seseolah diperhati, saya sedikit mengabaikannya. Saya masuk dan menutup pintu. Kemudian ke pintu tandas, melihat kalau-kalau ada something. Saya mendekati almari yang berdiri di tepi tingkap.

Grphhhhh…..

Tingkap ada tiga berderet. Disebabkan langsir, tingkap yang hujung tidak kelihatan. Tapi ianya tidak pernah dibuka. Ia agak ketat.

Tapi oleh kerana darah mula menyirap, saya memberanikan diri untuk menyelak sedikit langsir.

Aaahhh!!!

Alangkah terkejutnya saya. Ternyata tingkap terbuka luas. Kedengaran sesuatu di atas atap. Saya dalam sekelip mata berlari ke bilik kakak untuk memanggil abang ipar.

Saya sempat ke dapur untuk mencari sesuatu yang defensif. Pisau? Kuali?

Akhirnya periuk bertangan yang dicapai. Kami naik ke bilik dan melihat sebarang klu. Ternyata hujan menyapu segala kesan sekiranya ada.

Saya tidak mampu tidur. Trauma.

Jam 3 pagi barulah saya terlelap di bilik adik lelaki yang belum pulang dari Singapore.

Di tempat kerja, saya mengalami sakit kepala yang bersangatan hingga muntah-muntah.

Allah…

Ampunilah segala dosa dan peiharalah daku sekeluarga.

image

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”