SCroll

Bila saya scroll nama-nama friendlist di whatsapp, saya tak jumpa seorang pun yang boleh mendengar masalah saya.

Saya rasa nak terbang ke suatu tempat yang jauh…

Supaya segala kekeliruan ini terjawab.

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Advertisements

Jarak

Betul kata orang,

“Setahun pertama berkeluarga, bahagialah. Masing-masing berebut nak hulur tangan, buat itu ini, jalan sana sini, makan sama-sama, masak sama-sama, gelak ketawa sepanjang masa….”

Dilihat orang, kitalah yang paling bahagia. Malah itulah hal yang dibangga-bangga.

Kita lupa, ada fasa, perangai sebenar atau sikap lama muncul jua. Yang panas baran, yang pemalas, yang kuat berleter, yang penting diri, yang emosi, yang cepat melatah dan berburuk sangka, dan bla bla bla…

Inilah fasa kita melihat keburukan setelah bosan memandang kebaikan yang wujud sesama kita.

Saya sendiri, cuba, atau sering merasa semuanya salah saya. Apa-apa yang tak kena, tu salah saya. Sampai saya rasa sayalah yang sebenar tak sesuai di sini.

image

Tempat bersendiri yng palinh menenangkan

Thats why i keep my distance.

Sebab saya percaya, jarak adalah ubat. Ubat bagi hati yang sentiasa terluka.

Dan luka ini, milik saya.

Hmmmm… hahahaha… Atau aku patut besarkan lagi jiwa aku nih. Yeaahhh!!

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”