Backpacker to Siwa

Dah beberapa kali kami (budak rumah) merancang nak ke Matruh Siwa. Akhirnya, beberapa hari lepas, kami dapat tahu pilihanraya Mesir akan diadakan semula. So dapat cuti mengejut dua hari. Apalagi, kami dilarang fikir banyak dan terus beli tiket bas ke Siwa.

Usai seminar bersama Syeikh Usamah sekitar pemikiran ekstremisme pada hari Isnin lalu, saya bergegas ke Cairo Plaza Gateway. Atau orang arab panggil Turgoman. Tempat ni lepas dalam 250 meter dari Ramses je. Dan jangan agak Turgoman ni macam tbs. Saiz dia memang besar tapi fungsinya beberapa kedai kecik je wujud. Lampu pun buka yang malap-malap. Seram sebab tak ramai orang pun.

image

Tiket harga 125LE direct dari Cairo ke Siwa. Hanya ada sekali sehari iaitu pada jam 11.45 malam.

Kami gerak dari Hayyu Sabik ke Ramses jam 10.30 malam. Rasanya kami naik bas last no.1097 . Sebab tengah malam dah kurang sangat bas. Kalau nak ke Ramses lewat malam, perlu naik Tremco atau teksi.

Bas gerak betul-betul jam 11.45pm. Dan akan berhenti ke beberapa checkpoint untuk ambil penumpang lain. Perjalanan ke Siwa ambil masa 9 jam. Tapi kami sampai ke Siwa jam 11am. Sebab berhenti ke kafeteria dua kali dan berhenti solat subuh di stesen bas Matruh.

Sampai di Siwa, saya contact ammu Yusuf. Dia pick up kami pakai 4×4 dan hantar kami ke Dream Lodge (90le include breakfast).

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”

Advertisements