Backpacker list for winter

Sekarang tengah tersadai di Airport Attarturk, Istanbul sementara menunggu flight ke Cairo pada jam 6.25 pagi nanti. So baik hati nak kongsi sikit pengalaman travel dua minggu di musim winter.

image

Ni beg kami berempat.

Memang problem setiap kali nak travel adalah barang apa nak bawa, apa yang penting dan apa yang kurang penting.

Okay, so, ni senarai barang saya yang acah-acah nak jadi backpacker sejati. Tapi akhirnya….. ke laut. Haha

1. Dua set baju dan seluar tebal. Satu pakai dan satu lagi dalam bag.

2. Tiga tshirt dan tiga seluar. Depend korang pakai apa biasanya.

3. Satu sweater nipis. Sebab walaupun winter, kadang-kadang ada je hari yang panas. Macam dekat Munich hari tu, hari first sejuk, hari second terus naik ke 12°…

4. Sehelai winter coat. Hak ni, better cari yang bubble. Sesuai utk cuaca winter yang selalu hujan. Sehelai sudah, tak payah nak bergaya sangatlah, nak malu-malu pakai coat sama dua minggu.

5. Mafla sangat berguna untuk tutup leher ngan separuh muka. Semasa di Olympia Park, germany, saya siap balut muka dengan mafla macam mummia sebab angin dia kencang habis.. kawan yang berat 70kg pun boleh terseret. Haha

6. Glove ni penting juga. Especially kalau duduk static kat sesuatu tempat atau nak sentuh salji.

7. Tudung. Saya biasa pakai tudung labuh, tapi time travel, saya pakai tudung arini / shawl je. Sebab tak payah gaduh nak iron bagai. Ini tiga helai dah cukup.

8. Sehelai baju dan seluar tidur. Ini bawa yang nipis pun jadi kalau tidur kat hostel atau apartment di Europe. Sebab memang heater wajib pasang. Kalau musim sejuk dekat Cairo atau negara-negara yang tak sampai tahap salji, tapi degree boleh mencecah 0°, better sedia baju tebal. Sebab kebarangkalian untuk hostel tanpa heater tu tinggi. Ni berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan ketika backpack ke Siwa, Egypt pada musim winter. Kami gabung katil dan tidur berhimpit sebab terlalu sejuk dan tiada heater.

9. Pakaian dalam tu pepandai la. Bawah 3 set dah cukup. Ini mudah basuh tangan tanpa laundry. So dont worry, ladies.

10. Stokin, ini pastikan tebal. Kuantiti bawa 3 dah cukup. Sebab ini pun tak jadi masalah nak basuh di hostel.

11. Kad bank. Better bawa dua atau tiga. Sebab banyak sangat kes kad bank kena telan atau tak dapat pakai. Dan ofkos, jangan lupa aktifkan visa atau plus. Group saya kali ni ada dua orang problem kad. Sorang tak boleh withdraw, sorang lagi lekat dalam atm.

Sebab tu, saya tak berhenti-henti nasihat, buatlah online banking dengan mobile tac. Inilah penyelamat bila masalah kad bank.

12. Berus, ubat gigi saiz kecil. Shampoo dengan sabun tak payah lah. Nanti sia-sia tersangkut dengan imegresen airport. Mandi dekat hostel je, semua dah tersedia KEBIASAANNYA.

13. Pad wanita. Ini bawa spare la dua. Then belilah dekat mana-mana kedai. Supaya takdelah pucat sangat bila datang bulan time tengah transit kat airport. Haha… pucat takut rejab syaaban.

14. Botol air. better masak air kat hostel dan refill selalu. Uiii kalau dekat europe nih, air saje dan bape euro. Nak-nak kalau mencari air lepas pukul 6 malam. Kedai semua pakat tutup. Yang ada, kedai selain supermarket yang jual air sampai 3 euro sebotol. Tak ke menangis.

15. Kad pelajar. Lesen kereta.

16. Duit euro/usd/pound yang mudah nak exchange. Tapi ni untuk spare je. Bukan untuk belanja. Better withdraw duit dekat bank lagi murah. Cas pengeluaran je. Kalau exchange duit, rate rendah dan commision lagi. Saya tukar duit, rugi 10+ euro sekali tukar.

17. Phone dan powerbank. Downloadlah application maps me dan dalam app tu, download utk offline map negara-negara yang nak pergi. So nanti boleh pakai gps, sense location dalam map. Kalau google maps, kena ada internet dulu baru boleh kenal direction.
18. Ubat-ubatan. Seperti muscle lain, panadol aktiffast, pil chi kit teck aun dan bam serai. Uuu, ubat kalau dekat europe, mahu belas-belas euro sepeket. Sakit pun ‘sakit’. Haha

19. Kalau nak bagus, bawa la nail clipper. Sian kuku ni. Macam dracula dah dua minggu tak potong. Huhu

20. Kasut sport. Ini padanlah satu je. Kawan saya bawa dua. Dia sangkut platik kasut dekat beg. Boleh tahan serabut dibuatnya esp bila dia jalan dalam train, plastik goyang-goyang dan  tampar muka citizen yang tengah duduk. Haha

21. Payung. Bawaklah kalau time winter ni. Habis basah kuyup saya jalan dekat Budapest hari tu. Lebat sangat. Nak beli payung, 10euro. Hmmmm babai la…

22. Makanan, bawa la megi 5 bungkus. Tak payah 14 hari travel, nak bawa 14 bungkus. Komfem korng tak makan sangat pun. Kitorang bawa rice cooker kecik, beras 2kg untuk 6 orang. So main masak- masak jugaklah. Tuna untuk breakfast. Roti, telur, ayam, beli je kat kedai. Sachet coffee atau milo, tak berat pun yang nih.

23. Passport, eticket, salinan booking apartment (incase).

24. Yo! Belilh voip 5euro untuk telefon. ni memang sangat berguna sebab sepanjang travel, kitorang ada masalah tak jumpa apartment duduk celah kampung mana, masalah kad bank kena telan, masalah tiket yang tiba-tiba cancelled/reschedule sehari before flight, problem nak booking hostel last minute pada tengah malam bila tetiba plan berubah, tak jadi nak tidur kat airport/stesen bas. Dan banyak lagi….

25. Pastikan bag anda cuma satu di belakang tanpa carry luggage. Ini kalau anda tak ada hostel setiap malam dan gamble di negara orang. Problemnya, diri kau tak sanggup heret luggage tu ke attraction site dan ke mana sahaja yang kamu perlu pergi.

Luggage dan kuantiti bag yang banyak telah menyebabkan perjalanan kami banyak slack dan drag waktu. ini tak jadi masalah kalau group anda sorang dua. Tapi kalau 6 orang, agaklah juga.

Sampai terkadang, ada yang tak dapat pergi jalan sebab jaga beg.

Dan paling perit, masing-masing angkut beg-beg tu time cari hostel. Buat pulak cari hostel yang payah nak jumpa. Makan sejam dua kitorang mengangkut beban tuh. Sebab tu, style aku, aku suruh ahli group duduk setempat dan aku tinggalkan beg aku dekat diorang. Then aku jalan dengan ringan badan untuk cari hostel.

Back yang aku pakai selama dua minggu adalah deuter 30 litre dan satu handbag.

So, memang best kalau dapat bawa segala mak nenek bila travel. Tapi agak-agaklah. Sila pikirkan bahu dan leher anda. FIkirkan juga kesmoothan perjalanan anda. Hah ha…

Ni tulisan berdasarkan pengalaman dan view tersendiri. Aku punya tak setuju nak bawa carry luggage, tapi terpaksa kalah dengan keputusan majoriti. Haha…

Btw, travel itu adalah supaya anda kenal siapa anda. Bukannya untuk mengenal siapa mereka.

Danke!

……………………………………………………..

“Kebenaran itu memiliki tanda soal yang terkadang tidak mampu dirungkai di atas dunia…”