Tuhan memang perfect

#relaks

20-01-2015 :

Kan dah cakap, tuhan itu perfect!

Kami menunggu bas di stesen bas West and Middle Delta, Matruh. Tanpa membeli tiket, kerana bas lompat.

image

Setelah dua jam setengah menunggu, bas datang. Kami masuk dan seat cukup-cukup 7 seat untuk kami bertujuh.

image

Kami merancang dengan nombor jam. Tetapi banyak yang terganjak. Banyak yang terlajak.

Subhanallah, it’s just perfect. Dan yang merancang itu adalah tuhan.

Sekarang, off to Siwa.

#tinkonoures

Advertisements

Beza itu sunnah dia

#merantau

Luar atau dalam kota, maka merantaulah.

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال السفر قطعة من العذاب يمنع أحدكم نومه وطعامه وشرابه

Yang maksudnya, “Musafir ini sebahagian daripada azab. Ia menghalang kalian untuk tidur, makan dan minum (dengan selesa dan sempurna).”

……………………….

Bermusafir ni tak mudah.

Sepanjang kembara kami ke tiga buah kota di dalam Mesir, kesemuanya menghidangkan cuaca drastik yang berbeza di siang dan malam hari.

Malam dan awal pagi, mashaAllah, tersangat sejuk sehingga menyengat tulang. Apatah lagi, pakaian kami cuma tebal beberapa cm sahaja.

Pada waktu malam, tidur sering terganggu. Tidak selesa dengan selimut tebal yang gatal-gatal. Berselimut pun, tetap sejuk. Oh, tak terbayang bagaimana kehidupan orang yang tidak berumah di negara bermusim sejuk seperti ini.

Meskipun di musim sejuk, wajah comel kami tetap dibakar mentari. Ya, siang hari di Kota Siwa agak membahang.

Soal makanan, tak usah cakap. Kami memang redah masuk mana-mana restoran yang serve nasi, tetapi, harganya agak mahal. Disebabkan itu, kami cuma order nasi dengan kuah daging hancur. Dan rasanya tidaklah menepati selera perut budak melayu. Hahaha.

Mujur sahaja kami memang belajar di negara arab. Dan boleh kawtim dengan taste arab. Cuma satu kes, pagi semalam saya makan di warung Falafeel di Kota Siwa, sampai ke hari ini belum lega diarrhea. Hukhuk…

Budaya.

Kami belajar banyak hal berkaitan budaya, terutama di Kota Siwa. Masyarakat yang tenang, peramah dan soleh. Berdua hari di sana, terasa gambaran kehidupan orang zaman silam. Rumah lumpur, berlantai pasir dan beratapkan pelepah tamar. Tingginya cuma beza beberapa inci dari atas kepala.

Saya tidak mahu memanjangkan cerita di sini. Fokusnya, merantau ini satu ekspedisi ilmu yang mampu melahirkan insan berjiwa besar dan toleran.

Mana taknya, lihat sahaja bagaimana Allah susun atur manusia. Lain bumi, lain budaya, lain bahasa, lain mazhab, lain sikap, lain uruf dan adat, serta berbeza gaya fikir.

Hmm, peliknya bila wujud manusia yang tolak perbezaan, dan merasa hanya mereka yang betul, paling perfect dan berada di sirotol mustaqim.

Haha. Kita gelak saja lah.

“Allah itu cuma berlaku adil. Sunnah-Nya, meletakkan suku kaum ini di satu sudut bumi yang sesuai dengan mereka. Sunnah-Nya, manusia ini berbeza.”

#tinkonoures