Amina

Tengah hari tadi, setiba saya di permukaan pintu dewan kuliah, saya langsung melihat seorang sahabat dari Nigeria mendodoi anak kecilnya. Saya datang menghampirinya dan minta dia jagakan beg.

Selang beberapa minit, saya datang dan duduk bersebelahan dengannya. Kami mula bersembang. Saya minta untuk mendukung bayi comel yang berusia dua bulan itu.

Amina namanya. Tidak suka menangis dan suka ketawa. Comel betul.

Sedang rancak bersembang, saya bertanya, “Ini anak sulung ke?”

Sa’diyah menjawab, “Ini yang kedua. Sulungnya lelaki….”

Oh lelaki..” Saya mencelah.

Tapi dah tiada. Baru sahaja meninggal.”

Mendengar hal itu, saya terkedu seketika sebelum bertanyakan punca.

Dia menjelaskan, “Anak saya meninggal dihempap televisyen. Insiden mengejut…”

Saya terdiam.

Dan dia mengesat airmata.

Saya sangat hairan terhadap kasih sayang ibu pada sang anak. Engkau bersusah payah. Engkau bermandi lelah dan darah. Namun, tetap sahaja mencintainya seisi batin yang ada.

Terfikir bila Allah berkata, bahawa kasih-Nya melampaui batasan cinta Ibu terhadap sang anak.

Advertisements

Kita betul?

قال ابن سينا و ما اجمل كلامه :

“بلينا بقوم يظونون ان الله لم يهد سواهم…”

Umat ini teruji, apabila wujudnya kumpulan manusia yang menyangka bahawa Allah tidak memberi hidayah, melainkan diri mereka sahaja.

Quote ini ada di dinding kuliah saya. Ia beribu kali lebih bermanfaat berbanding contengan nakal (vandalism) yang berkali-kali dipadam, tetap juga tidak mahu hilang.

Saya terfikir juga, “Barangkali saya termasuk dalam kaum itu?”

Lintasan hati sedemikian muncul sebaik sahaja melihat quote Ibnu Sina. Lalu akibat merasa bodoh dan kurangnya ilmu, saya tekad untuk bergantung kepada guru.
Kalau bukan mereka, kepada siapa lagi?

Kepada politikus yang gemar berhelah?

Atau kepada rakan yang suka berhujah?

#madrasah berbeza, gaya fikir tidak serupa.

Kelab malas membaca

Kalau aku buat kelab malas membaca, mesti korang join kan?

Hahahaha…

Teringat pulak kisah ammu perli seorang budak Malaysia time Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah tahun lepas.

Ammu tu cakap, “Korang ni bila tiba musim ekspo, tefon bapak mintak duit. Borong kitab banyak-banyak. Bace pun tidak.”

Aku pelik dengan ammu tu. Aku tak setuju sangat lah ngan dia sebab macamana dia tahu ah?

Hahaha…

Btw, setelah berabad lamanya, berjaya jugak aku capai 2048.

image

#malasnye

Cakap je ke?

#terngiangngiang

Bangun je tidur, saya dengan semangatnya menghapus sikap menangguh yang sekian lama menyusahkan hidup. Bangun dan tanya housemate, “Cane ah nak buat cat tuh?

Makcik tu ajar lah saya, bla bla bla. Saya pun bentangkan rak buku 6 tingkat berlapikkan plastik tilam royal bed. Ye la, saya keturunan Tengku, mestilah pakai tilam diraja. Haha. Housemate pakai tilam jenama sama jugak sebab nak berkawan dengan Tengku. Kikiki.

Sambil mengecat seorang diri, kalam dan hujah Syeikh Ali Jumaah semalam terngiang-ngiang di fikiran saya. Berfikir dan mendalami realiti. Dan saya tak jumpa sebarang aib dalam bicaranya.

Ada orang, berpesan-pesan dengan konsep tabayyun, tapi dengar je pertemuan dengan Syeikh Ali Jumaah demi menjawab fitnah ke atas beliau dan institusi Azhar, orang-orang tu dah menyampah, mencaci maki.

It’s okay. Saya faham dah apa itu tabayyun. Kikiki.

K. Bai.

Mahasiswa kerjanya meneliti dan mencari yang benar. Bukan makan berhidang, orang suap apa pun, kau telan.

image

Mujur saya cerewet bab makan-makan nih.

Bai sekali lagi!

Beza itu sunnah dia

#merantau

Luar atau dalam kota, maka merantaulah.

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال السفر قطعة من العذاب يمنع أحدكم نومه وطعامه وشرابه

Yang maksudnya, “Musafir ini sebahagian daripada azab. Ia menghalang kalian untuk tidur, makan dan minum (dengan selesa dan sempurna).”

……………………….

Bermusafir ni tak mudah.

Sepanjang kembara kami ke tiga buah kota di dalam Mesir, kesemuanya menghidangkan cuaca drastik yang berbeza di siang dan malam hari.

Malam dan awal pagi, mashaAllah, tersangat sejuk sehingga menyengat tulang. Apatah lagi, pakaian kami cuma tebal beberapa cm sahaja.

Pada waktu malam, tidur sering terganggu. Tidak selesa dengan selimut tebal yang gatal-gatal. Berselimut pun, tetap sejuk. Oh, tak terbayang bagaimana kehidupan orang yang tidak berumah di negara bermusim sejuk seperti ini.

Meskipun di musim sejuk, wajah comel kami tetap dibakar mentari. Ya, siang hari di Kota Siwa agak membahang.

Soal makanan, tak usah cakap. Kami memang redah masuk mana-mana restoran yang serve nasi, tetapi, harganya agak mahal. Disebabkan itu, kami cuma order nasi dengan kuah daging hancur. Dan rasanya tidaklah menepati selera perut budak melayu. Hahaha.

Mujur sahaja kami memang belajar di negara arab. Dan boleh kawtim dengan taste arab. Cuma satu kes, pagi semalam saya makan di warung Falafeel di Kota Siwa, sampai ke hari ini belum lega diarrhea. Hukhuk…

Budaya.

Kami belajar banyak hal berkaitan budaya, terutama di Kota Siwa. Masyarakat yang tenang, peramah dan soleh. Berdua hari di sana, terasa gambaran kehidupan orang zaman silam. Rumah lumpur, berlantai pasir dan beratapkan pelepah tamar. Tingginya cuma beza beberapa inci dari atas kepala.

Saya tidak mahu memanjangkan cerita di sini. Fokusnya, merantau ini satu ekspedisi ilmu yang mampu melahirkan insan berjiwa besar dan toleran.

Mana taknya, lihat sahaja bagaimana Allah susun atur manusia. Lain bumi, lain budaya, lain bahasa, lain mazhab, lain sikap, lain uruf dan adat, serta berbeza gaya fikir.

Hmm, peliknya bila wujud manusia yang tolak perbezaan, dan merasa hanya mereka yang betul, paling perfect dan berada di sirotol mustaqim.

Haha. Kita gelak saja lah.

“Allah itu cuma berlaku adil. Sunnah-Nya, meletakkan suku kaum ini di satu sudut bumi yang sesuai dengan mereka. Sunnah-Nya, manusia ini berbeza.”

#tinkonoures